Khamis, 7 Mei 2015

4 Hari 3 Malam di Ho Chi Minh

Sebelum bertolak,saya memang tidak mengetahui apa-apa maklumat tentang lawatan ke Ho Chin Minh ni seperti berapa orang yang ke sana,penerbangan jam berapa dan semuanya.Yang dimaklumkan,kami akan bertolak selepas waktu sekolah,jam 2 akan ke lapangan terbang.Namun begitu,saya tidak rasa bimbang pun kerana orang yang mengurus percutian memang dikenali dan kerjanya juga sangat cekap.Jam 2 akan bergerak,makanya saya tak sempat nak salin baju.Pakailah baju yang dipakai pagi tadi.Kereta diparkir sahaja di sekolah supaya senang bila nak balik nanti.Bila sampai di KLIA,barulah tahu siapa yang sertai kami.Rupa-rupanya ada 16 orang semuanya termasuk 3 pasangan suami isteri.Seronoknya berjalan dengan status 'solo'.
Masa di lapangan terbang barulah kami dapat tahu maklumat tentang penerbangan.Sebelum ini,memang tak tahu-menahu pun tapi hanya redah sahaja.Kami menaiki pesawat MAS pergi dan balik.
Dalam kapal terbang,barulah saya makan nasi pada hari tu memandangkan di sekolah tadi kantin tutup kerana Hari Usahawan berlangsung dan ada gerai-gerai yang dibuka.Kebanyakannya menjual nasi tapi saya tak pula jumpa nasi campur.Nasi lemak memang ada dijual tapi saya tak membelinya.Makanya, saya memang tidak makan nasi.Alhamdulillah,nasi dihidangkan dalam kapal terbang dan rasanya pun sedap,terubat juga hati apabila seharian tidak makan nasi.Penerbangan hanya makan masa  1 jam setengah.Bila sampai di Vietnam,cuaca telah pun gelap seakan sudah masuk waktu maghrib.Semasa keluar dari pesawat,sempat lagi pramugari menyapa,"shooping baju raya,ye."Saya hanya tersenyum.Macam mana boleh tahu?
Kami dibawa oleh bas yang ditempah oleh pihak agensi ke hotel.Dalam perjalanan,kelihatan masyarakat tempatan menuju ke bandar untuk menyaksikan bunga api sempena kemerdekaan Vietnam pada hari itu.Tiba sahaja di hotel dan mendapat kunci bilik,kata laluan untuk wifi diberikan.Wah seronoknya kerana itu sajalah cara untuk menghubungi keluarga.Saya berkongsi bilik dengan dua rakan yang lain.Rakan yang datang bersama-sama suami hanya tinggal berdua.Ada juga yang berempat.Setelah itu,kami dibawa dengan bas untuk ke restoren bagi makan malam.Makanan yang dihidangkan memang mengikut selera orang Malaysia.Makanan ok tapi disebabkan ulser masih teruk,selera terbantut juga.
hotel tempat penginapan yang berhampiran dengan pasar Ben Thanh



disebabkan bertiga,pihak hotel tambah satu lagi katil bujang

pasar Ben Thanh yang menjadi sasaran...sumber google

bergambar sebelum bertolak balik ke Malaysia

Pada malamnya,sempat lagi kami merayau-rayau di sekitarnya yang berhampiran dengan pasar Ben Thanh tapi memang belum bersedia untuk membeli-belah kerana badan agak kepenatan.
Sebelum tidur,kami mencari maklumat tentang waktu solat dulu sebagai persediaan untuk bangun pada keesokan paginya.Memang subuh agak awal.5.30 pagi sudah habis waktu subuh tapi aktiviti bermula jam 8 pagi.

Aktiviti hari kedua:
Kami dibawa ke sebuah rumah lima tingkat yang berfungsi sebagai gudang untuk membeli pakaian.
Kemudian,kami ke Cuchi Tunnel.Kami solat di masjid dan ke Muzium Perang.Kemudian ke sebuah rumah yang berfungsi sebagai gudang lagi.Jamu mata melihat tudung,telekung,jubah lagi

Hari ketiga:
Kami ke Sungai Mekong dan selepas itu ke gudang kain lagi.Berkenalan dengan pelbagai jenis kain kapas

Hari keempat:
Tiada aktiviti kerana jam 11 akan bertolak ke lapangan terbang untuk berlepas ke Malaysia.Masa inilah mencari barang-barang yang belum dibeli di sekitar pasar Ben Thanh

Nota tambahan:
1.Tak  tukar duit Vietnam pun tak ada masalah kerana peniaga di situ menerima wang Malaysia,malah berkepuk-kepuk wang Malaysia dalam poket mereka.
2.Harga makanan agak mahal iaitu RM 9 untuk nasi goreng dan bihun sup.Nasi campur tak pasti pula kerana nasi telah disediakan oleh pihak agensi.
3.Memang seronok melihat barangan di pasar Ben Thanh tapi jika kurang kemahiran menawar barang,pasti akan terkena walaupun tak banyak.Anggap sajalah duit yang 'terkena' itu memang sudah tak ada rezeki untuk barangan dengan harga yang murah.
4.Memang seronok percutian ini kerana sepanjang di sana,hal-hal sekolah memang tiada dalam fikiran.Hotel hanya tempat untuk tidur sahaja kerana aktiviti agak padat.Di sekolah,ada rakan menegur,"seronok bercuti di Vietnam." Kata-kata itu lahir setelah melihat gambar-gambar yang saya muat turun di laman fb.


Nota kaki:RM 1400 untuk pakej ke Vietnam ini saya anggap berbaloi kerana merangkumi penerbangan MAS pergi balik,tempat penginapan,makanan,perkhidmatan bas, dan tiket untuk masuk ke Muzium Perang dan Cuchi Tunnel serta aktiviti di Sungai Mekong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan