Selasa, 19 Mei 2015

Sambutan Hari Guru 2015-Kembali ke Sekolah

Masa tema Hari Guru ni diumumkan,ramai yang mengeluh hingga ada yang terfikir nak mengelak pada hari tersebut.Macam tu sekali penangan tema Hari Guru 2015 ni.Makin dekat sambutannya,guru-guru makin rancak mencari pakaian yang sesuai.Masa hari kejadian,alhamdulillah...hanya beberapa orang saja yang berpakaian tidak mengikut tema tapi tidak ketara sangat.Alang-alang dah berbaju sekolah yang hanya untuk sehari,hingga balik seragam tu dipakai walaupun ada aktiviti di padang selepas itu.Hari Isnin lalu boleh dikatakan hari bergambar sedunia kerana rata-rata guru bergambar.
Pagi-pagi lagi,guru yang sampai awalpun segan nak turun dari kereta.Saya yang sempat sarapan roti dalam kereta tiba-tiba perasan rakan sebelah menjengah ke arah saya.Segan nak turun rupanya-rupanya.Kemudian,saya lihat seorang pengawas lalu dan melangkah agak laju.Siapakah tu?Bila sampai di pejabat,barulah tahu rupa-rupanya ustazah.Pelajar yang nampak dah mula ketawa.Segan juga sebenarnya,tambahan pula tudung tak berapa nak jadi.Rimas betul bila kerap kena baiki tudung.Makanya,malas nak 'berselfie' dengan telefon sendiri.Mana-mana rakan yang berselfie,kita tumpang sekaki saja.Nak diceritakan,memang banyak nak ditulis,tapi biarlah lensa daripada rakan-rakan saja yang bercerita.Sesungguhnya,kenangan itu tetap tersimpan dalam hati.


guru sejarah t3...3 daripada 4 orang guru...







pembawaan pelajar tingkatan 1...

sama umur...

sketsa...guru jadi pelajar,pelajar pula jadi guru








barisan pengawas sekolah


tingkatan 1 Delima


tapak perhimpunan sebelum majlis bermula.ambil kedatangan pelajar dulu..








Tiada ulasan:

Catat Ulasan