Isnin, 5 Disember 2011

Ujian Air Gula

Saya ke PPUM lagi hari ni untuk buat ECHO.Temu janji jam 8 pagi tapi bertolak jam 8.10 pagi.Macam mana tu?Alang-alang dah ke PPUM,hari ini juga cadangnya saya akan membuat ujian gula.Sepatutnya ujian ni dah dibuat masa temu janji lepas tapi gula pula kehabisan.Lawaklah pula...gulapun boleh habis.Bila dah minum air gula barulah saya akan ke Menara Utama untuk buat ECHO.Barulah tak buang masa.Itulah yang ada dalam fikiran.

Bila dah sampai sana jam 9.30 pagi,saya terus ke Bahagian Ibu Mengandung untuk buat ujian gula.Bila saya tunjukkan borang yang diberikan kepada saya semasa temu janji dulu,jururawat bertanya:puasa tak hari ni?Puasalah,saya jawab.Borang ni tak payah puasa.La...macam tu pula.Dulu,semasa saya tak puasa tak boleh buat pula.Kena puasa.Macam-macam kerenah betullah jururawat di sini.Entah macam mana,saya boleh terberitahu akan ke Menara Utama selepas minum air gula.

Masa nilah saya diberitahu tak boleh ke mana-mana kecuali ke tandas sahaja setelah minum air gula untuk mengelakkan gula terbakar.Macam tu pula.Apa-apapun ,saya tiada pilihan lain melainkan minum dulu air gula,dua jam kemudian barulah buat ECHO.Sebelum minum air gula,darah diambil dulu.Gerunnya bila tengok jarum.Bila jarum dicucuk ke lengan,saya pandang ke arah lain.Macam itulah selalunya.Nasib baik sekejap saja dah siap ambil darah.Selepas diambil darah,barulah minum air gula yang berperisa oren.Dulu,tak ada pun perisa ni.Air gula pun warna putih saja.Ya Allah,rasa nak termuntah bila nak menghabiskan air gula tu.Nasib baiklah tak termuntah dan beberapa kali teguk,dapat habiskan air gula tu.Semasa menunggu dalam tempoh dua jam untuk mengambil darah sekali lagi,terpaksalah termangu di klinik tu.Nasib baiklah ada bawa novel untuk dibaca,taklah bosan sangat.

Jam 12.05 barulah saya ke MU untuk buat ECHO.Kena pergi ke tingkat 1 dulu untuk buat pengesahan,baru naik tingkat 4.Sampai sana dah jam 12.20 tengah hari.Kakak yang berada di kaunter tu minta datang jam 2 petang sebab dah tak sempat.Terpaksalah saya ke Menara Timur lagi untuk makan tengah hari.Tadi pun memang dari MT.Bila dah sampai ke gerai makan di MT,tiada menu yang menarik pula hari ni.Perutpun rasa macam dah kenyang minum air gula semug besar tadi.Akhirnya,burger dan roti juga yang jadi santapan tengah hari.

Bila dah habis buat ECHO,lama juga menunggu suami datang.Hari ni masa banyak dihabiskan dengan menunggu saja.Nasib baiklah dah cuti sekolah.Kebetulan suami beli lauk untuk makan malam,patin masak tempoyak...kegemaran tu.Sejuk sikit hati.Kalau tidak,membengkak je.Bila dah sampai rumah,barulah perasan peti sejuk bersih semacam je semasa nak simpan lauk ikan patin tu.Rupa-rupanya suami dah bersihkan peti sejuk semalam selepas balik dari beli barang-barang dapur.Memang sejuk terus hati yang membengkak sejak pagi tadi kerana lewat keluar dari rumah.Alhamdulillah...dah lama nak bersihkan peti sejuk ni tapi selalu tak jadi.Hari ni selesai satu masalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan