Temujanji dengan doktor yang terakhir hari ni.Lambatlah pula bertolak dari rumah,lebih kurang 9.30 pagi.Nasib baiklah jalan nak keluar dari taman perumahan tak sesak.Semalam sesak saja jalan semasa keuar pada jam 8 pagi.Perjalanan agak lancar,lebih kurang setengah jam dah sampai ke PPUM.Dahlah jauh,jalan sesak pula tu nak ke PPUM dan terpaksa menunggu lama untuk berjumpa doktor,mengapalah PPUM juga yang menjadi pilihannya?Kalau nak dikira keistimewaannya,rasanya taklah istimewa sangat kerana setiap kali berjumpa doktor,pasti saja asyik berjumpa dengan doktor yang berlainan hingga kita terpaksa menunggu dulu dia membawa laporan yang lepas.Soaan-soalan yang sama juga yang ditanya hingga bosan juga nak menjawabnya.Apabila berjumpa dengan doktor jantungpun,begitu juga.Dua kali jumpa,dua orang doktorlah jawabnya kita akan berhadapan.Cuma satu saja alasan saya untuk memilih PPUM iaitu disebabkan kedua-dua anak saya dilahirkan di sini,jadi semua rekod ada di sini kerana saya mempunyai banyak masalah dalaman.Jadi,hal-hal lain terpaksa ditolak ke tepi.
Bila dah dapat nombor giliran,jam dah hampir 10.30 pagi.Ramainya orang yang sedang menunggu.Biasanya kalau hari Khamis,taklah ramai orang tapi kali berlainan pula.Tunggu punya tunggu,giliran saya yang terakhir hari ni padahal nombor giliran bukanlah yang terakhir.Hampir jam 1.30 baru dapat jumpa dengan doktor.Nasib baiklah jumpa dengan doktor yang dah pernah saya jumpa.Dia pun dah kenal saya.Oklah tu. Perbincangan lebih bertumpu kepada proses nak masuk wad minggu depan.Jika diikutkan,saya kena masuk wad esok sebab pada hari Isnin cuti umum sempena Tahun Baharu.Alamak,pakaian belum habis dikemas lagi.Barang-barang keperluan pun belum sempurna lagi.Masih ada yang tercicir.Atas perbincangan dengan doktor,saya dikehendaki masuk wad pada hari Isnin iaitu pada 2 hb walaupun pembedahannya akan dijalankan pada 4hb.Hal ini untuk menyenangkan kerja doktor maklumlah saya ni banyak kes walaupun sihat saja sepanjang tempoh mengandung.Alhamdulillah,Allah itu Maha Adil dan setiap masalah ada hikmahnya juga.
Memandangkan 4hb tu merupakan hari pertama persekolahan Tahun Satu bagi anak sulung dan Tadika bagi anak kedua,saya cuba berbincang supaya masanya dilambatkan jika boleh kerana suami pasti bermasalah nak berkejar ke sana ke sini.Dahlah jaraknya agak jauh.Nampaknya memang tak boleh dilambatkan proses pembedahan tu kerana kes saya merupakan kes yang kritikal.Macam manapun mesti kes yang pertama pada hari itu.Begitulah pula.Nampaknya terpaksalah guna alternatif lain seperti cadangan kawan-kawan iaitu merehatkan dulu anak saya pada hari Rabu tu.Hari Khamis baru pergi ke sekolah tetapi kena maklumlah dulu kepada guru kelasnya semasa orentasi nanti.
Nampaknya itu saja caranya.Ada juga rakan-rakan bertanya,mengapa pula ambil tarikh 4hb dan bukan tarikh lain.Jawapannya,sangatlah istimewa tarikh tu sebab hari itu ialah hari lahir saya.Dah lama saya nak manfaatkan tarikh tu tapi tak kesampaian saja.Harap-harap saya boleh berkongsi tarikh tu dengan anak yang bakal dilahirkan nanti.Saya selalu menepuk-nepuk perut dan bercakap dengan bayi dalam perut supaya duduk baik-baik dalam perut agar proses bersalin dapat dilakukan pada tarikh tu.Jika ditakdirkan bayi ini nak keluar awal,harap-harap biarlah pada tahun baharu.Tapi minta dijauhkan hal itu.
Nampaknya minggu ini agak sibuk sikit kerana semua persiapan perlu dilakukan pada minggu ni saja.Dah tak boleh nak lengah-lengahkan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan