Selasa, 9 Disember 2014

Sudah Berubah

Cerita tiada kena mengena dengan gambar yang sekadar hiasan saja...
Akmal pun berubah.baru semalam potong rambut setelah diumpan aiskrim..Magnun gold lagi dia ambil...

Dua tahun lepas,hari minggu duduk di rumah saja.Masa tulah mengurus kerja-kerja rumah hingga nak keluar jalan-jalan pun tak ada keinginan kerana  rasa tak sempat nak habiskan kerja-kerja rumah.Cuci mata dengan apa-apa yang ada di rumah saja.Disebabkan itulah,di rumah mesti ada hiasan.Lagipun,masalah utama,saya tak pandai memandu dan suami pula bukannya jenis suka jalan-jalan.
Sekarang,bila dah terjebak dengan deko-deko dan susun atur,keinginan nak jalan-jalan selalu ada terutamanya bila nak  beli sesuatu.Jika cuti sekolah,lagilah suka jalan-jalan.Suami pula selalu beri kepercayaan untuk pergi sendiri.Masa nilah nak mahir memandu.

Nota kaki:Buatlah sesuatu yang kita minat dan bermanfaat tanpa mengabaikan hak orang lain.Mengejar yang diminati hingga disoal yang menjadi tanggungjawab tak ada gunanya juga.
Hingga sekarang belum usik lagi kerja sekolah untuk siapkan bahan kelas ganti tingkatan 3 dan RPT Sejarah T4 kerana masih seronok cuti-cuti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan