Selasa, 16 Disember 2014

KD Corak Klasik di Dapur

Sepanjang tahun ni terasa tak bosan sangat berada di rumah sebab dinding yang kotor dah ditampal kertas dinding berpelekat.Kononnya cuti hujung tahun ni nak sambung menghabiskan kertas dinding yang banyak dibeli tapi kerja-kerja mendeko agak perlahan pula.Kerja-kerja di bilik bawah belum habis lagi kerana ada beberapa masalah yang menyebabkan mood nak mendeko jadi terbantut.
Petang semalam saja nak mencuba kertas dinding ni.Berkenan sangat,saya pun beli tapi tak tahu pun tempat nak tampal.Mengikut jurukedai Diy tu,corak ni corak klasik.Sesuailah tu dengan saya.Tak pasti pula macam mana kriteria klasik tu.
Alang-alang dah warna kuning di ruang makan,biarlah warna yang sama untuk ruang-ruang lain kecuali bilik.Maka,sebab itulah ditampal di dapur.Dah cacamarba jadinya bila di dapur basah warna hijau.Kalau nak diikutkan memang nak warna hijau tapi tak ada rezeki.Antara dinding dengan bawah kabinet,bawah kabinet dulu jadi tempat eksperimen.


Mungkin kena tukar kain renda hijau,baru nampak kehijauan di dapur..

Memandangkan kd yang ditampal dalam bilik tak dicantum corak,teruknya nampak.Macam nak buat semula saja.Makanya,corak ini perlu dicantum,kalau tidak buat sakit mata saja memandangnya.Memang boleh dicantum pun sebenarnya.Kena cari punca penyambungannya.
Banyak yang perlu dikorbankan untuk menyambung coraknya.Hampir separuh kena buang baru tercantum corak.Jadi,banyaklah kertas dinding yang perlu digunakan.nasib baik RM 8.50 saja untuk 5 meter di Mr Diy..

2 ulasan:

  1. comel warna kertas dinding tue..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tk...pada mulanya bimbang juga akan gelap ruang dapur tu...nasib baiklah ok saja sebab warnanya lembut saja...

      Padam