Ahad, 14 Disember 2014

Pemasangan Sink Supaya Air Tak Meleleh

Dah lama saya nak tulis entri mengenai pemasangan sink supaya air tak meleleh ni.Perkongsian gambar dalam fb deko tempoh hari tak pula disimpan dan pihak adminnya pun tidak membuat album untuk perkongsian tersebut.Makanya,memang tak boleh nak cari gambar-gambar tersebut.Semasa balik ke Terengganu tempoh hari,gigih saya merakam gambar sink di rumah adik.Tanpa pengetahuannya pula tu.Hehehe.
Saya suka dengan pemasangan sink sebegitu.Melalui pemerhatian saya yang bukannya mahir dalam hal ni,saya dapati ada tiga cara pemasangan jubin di sink iaitu menegak,condong dan melengkung.Antara ketiga-tiga ni,pemasangan jubin yang condong di sekeliling sink agak ketinggalan.Betulkah macam tu?Itu pendapat saya.Pendapat orang lain mungkin tidak sama.Walaupun begitu,ketiga-tiga cara menggunapakai satu teknik saja iaitu ruang kerja mesti lebih rendah seinci berbanding permukaannya.Maknanya,jubin mesti berlapis-lapis.Paling kurang dua lapis.

 

 
untuk jubin condong,depan bahagian yang tegak tu diletakkan jubin yang dicondongkan..begitulah yang saya nampak dalam fb.agak tak menarik begitu



Semasa pembinaan kabinet dapur di rumah,saya tidak terfikir pun hal ini.Memang serah bulat-bulat kepada kontraktor.Yang saya pantau ialah sink dan dapur sesuai dengan ketinggian saya yang tak nak tinggi.Tapi ok juga pemasangan sink di dapur saya tu,cuma jika dipanjangkan ruangan yang rendah(ruang kerja)akan lebih selesa.

Daripada condong,lebih cantik dibuat sebegini(jubin merah kecil-kecil keliling tu) untuk bahagian atasnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan