Selasa, 2 Disember 2014

Eco Shop RM 2

Sepanjang dua hari di Kuala Terengganu,4 kedai Eco Shop RM 2 yang saya singgah.Satu kedai di Bukit Payong tak dapat masuk kerana masa  saya singgah tu,kedai tersebut dalam proses  pengiraan stok.Jadi,kedai tidak dibuka untuk orang ramai.Tak semua kedai memesan barang yang sama.Kedai di Jalan Sulaiman tiada pula pelekat yang dicari tu sedangkan kedai tu besar dan terletak di bandar.
Apa yang istimewanya Eco Shop RM2 ni?Kedai ni besar jika nak dibandingkan dengan Kedai RM 2 yang biasa saya kunjungi.Jika dah kedainya besar,maka memang banyak barang yang boleh dicari.Kedai Eco ni juga suka dikunjungi orang ramai jika nak dibandingkan kedai RM 2.Kebiasaannya Kedai RM 2 di tempat saya taklah ramai orangnya tapi ketiga-tiga Kedai Eco ni memang ramai orang.Barang-barangnya sama juga seperti yang terdapat di Mr Diy,cuma di sini harganya lebih murah.

balang ni pun RM 2 saja.balang untuk rempah yang saya beli di MR Diy berharga RM 2.50 sedangkan di sini hanya RM 2.








beli juga yang ini 3...






Nota kaki:tak pasti  barangan di kedai ni bermutu atau tidak,tapi perkakas plastik yang dibeli tidak digunakan untuk meletak makanan panas.Permainan untuk kanak-kanak elok juga dibeli di sini kerana anak-anak main sekejap saja.Taklah membazir saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan