Sabtu, 6 Jun 2015

Penangan Beg Jenama Terkenal

Sememangnya saya akui saya ni jenis buta jenama terutamanya tentang beg.Bersyukurlah juga bila tidak taksub sangat dengan jenama sesuatu barang kerana dengan sifat sedemikian sedikit sebanyak boleh menabung.
Masa dulu-dulu, saya hanya pakai  beg tangan jenama Leno sahaja.Bila berkumpul masa raya,terasalah diri ni rendah sangat tapi dalam hati kitalah yang paling kaya kerana banyak duit simpanan.Hahaha...gelak sendiri kerana perasan lebih.
Adik-beradik pun tahu saya jenis yang berduit kerana masa belajar dulu saya boleh hidup di Pulau Pinang hanya dengan wang pinjaman saja tanpa meminta wang sesen pun daripada ibu bapa atau adik-beradik.Tapi,demi kepuasan diri saya cuba juga mencari beg yang  berjenama walaupun tak mahal sangat. Sekurang-kurangnya tak berasa rendah diri dan tidak kerap membeli beg tangan baharu kerana beg murah cepat rosak.Pernah sekali,baru sahaja beli beg tangan berjenama yang baharu tapi poketnya cepat koyak.Mulalah hati tak percaya pada beg berjenama.Sekarang,saya guna sahaja beg tangan yang saya suka walaupun hanya berharga RM 25 tapi masih ada juga satu beg yang agak berjenama.
Disebabkan kurang peka tentang jenama-jenama beg yang ada,masa di Vietnam tempoh hari,saya ada membeli satu dompet ni.Itupun sebab beli dompet untuk anak,penjaja yang menjaja tepi jalan ambil kesempatan meminta saya membeli satu lagi dompet wanita.Kebetulan pula,dompet yang saya gunakan sudah agak tidak sesuai,makanya memang terbelilah dompet tu dengan harga RM 20.Masa nak ke Bandung baru-baru ni,barulah dompet tu digunakan.Masa di Bandung,salah seorang kawan menegur,"ada juga dompet macam tu?Akak pun baru beli."Popularkah dompet ni?Saya hanya tertanya-tanya sendiri saja.
Masa nak balik,masa pemandu pelancong mengangkat beg untuk dimasukkan dalam bas, dia bersuara:"di sini, beg nilah yang paling mahal".Oh,ye ke?Hanya menjawab dalam hati saja kerana saya bukannya mengejar barang yang mahal dan jenama.
Saya membeli beg bagasi tersebut di salah sebuah pasar raya di Bandung kerana berminat nak memiliki beg bagasi yang berbentuk melengkung pula tanpa mengambil kira dan mengetahui jenamanya pun.
Masa nak mengambil bagasi di lapangan terbang,ketiga-tiga beg yang dibawa berada berdekatan sahaja.Beg yang dikatakan mahal itu berada dalam bekas tapi beg-beg lain tidak pula.Musykil juga.Masa nilah baru saya terfikir kata-kata pemandu pelancong  tempoh hari.Mahal agaknya beg ni.
Hari ni baru cuba google beg yang saya sendiri tak tahu nak menyebutnya tu.

Sumber google..

Barulah tahu rupa-rupanya beg yang dibeli tu klon dari jenama terkenal.Jika yang asli harganya mencecah ribuan ringgit.Nak ketawa juga dibuatnya ...beli bukannya kerana nak mengejar jenama tapi terbeli...

Inilah beg yang dibeli.Tak perasan pun dompet yang sama jenis  juga yang dibeli di Vietnam dulu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan