Ahad, 21 Jun 2015

Menu Berbuka Puasa Cara Saya

Sebelum ini saya ada menyimpan menu untuk puasa sebulan tetapi tak semua menu tu sesuai dengan selera keluarga sederhana saya.Makanya,setiap hari mesti berfikir menu yang sesuai dengan sekera dua orang anak,yang kecil tak ada masalah kerana dia makan semua makanan.Selera ibu dan ayahnya terpaksalah ditolak ke tepi kerana memang tak mampu nak memasak mengikut selera masing-masing.Kebanyakan menu ni memenuhi selera anak-anak sahaja yang suka makan ayam(bahagian paha dan kepak saja yang suka),hanya beberapa saja makanan yang tidak digemari anak.Sebagai menu tambahan,saya akan goreng ayam atau ikan keli saja.
Menu-menu ni dikongsi daripada fb dan buku resipi.Ada juga menu yang telah saya masak sebelum ni.Sama ada nak masak atau beli saja di kantin sekolah,itu terpulang kepada menu yang dijual nanti kerana mood sentiasa berubah-ubah.Setakat ini,saya hanya membeli satu lauk saja,RM 10 sehari dianggap berbaloi.
Agak lama juga proses mencari menu dan resipi ni.





sumber:https://www.facebook.com/pages/Sekadar-Resepi/843522695717942?pnref=story


Dua resipi daripada https://www.facebook.com/dapurbaru.net.



Ayam Paprik
Bahan-bahan:


1/2 kilo isi ayam/daging

6 biji cili api, dihiris

3 ulas bawang merah, dimayang halus

2 ulas bawang putih, dimayang

1/2 btg serai dihiris

5 sudu sos cili

2 sudu sos tomato

1 sudu sos tiram

3 btg kacang panjang dipotong
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging.
2. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.
atas


Mee Bandung
Bahan bahan:
1 bungkus mee kuning

4-6 ekor udang basah
1-2 ekor sotong - potong bulat
50 gm udang kering
1/4 cawan kacang tanah goreng- tumbuk
Sawi
Hirisan daging (tak letak)
Air rebusan daging (guna kiub ayam)
4 biji telur
Gula dan garam
Mee kuning - celur

Bahan Kisar:
1/2 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih

5 tangkai cili kering

Bahan hiasan:
3 keping tauhu goreng - hiris nipis
Bawang goreng 
Hirisan cili merah

Limau kasturi/limau nipis

Cara- cara: 
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau.


Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan, masukkan gula dan garam secukup rasa.

Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/separuh masak, ikut suka. Akhir sekali masukkan sawi.

Tutup api. Curahkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi. Siap untuk dimakan.



Gulai nenas ikan kering 

Bahan-bahan:

1 paket serbuk kari ikan / ikan kering

1 biji nenas

Isi / tulang ikan talang kering

Santan

garam

bawang merah

daun kari

minyak untuk menumis
Cara memasak :
1. Ikan talang direndam.
2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbuk kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih.
3. Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu)
4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari.
5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.
6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi.
7. Siap dan boleh dimakan.
atas





Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar))

30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)

1 inci kunyit hidup

2-3 batang serai (dititik)

santan (dr sebiji kelapa)

2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)

Cara memasak:

1. Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya..
2. Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik
3. Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak
5. Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure)
6. Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehLAH ditutup apinya..
Nota:
Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.


Ayam Panggang Bermadu

Bahan-bahan:

1kg kepak ayam

1 senduk besar minyak bijan

2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi )

sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi)

sedikit garam secukup rasa

Cara memasak:

Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu.....

atas


Ayam Masak Cendawan Ala Cina

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam

8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam

1 inci halia - dihiris

1 biji bawang besar - dihiris

6 ulas bawang putih - dicincang

4 ~ 5 tangkai cili padi

Sedikit kicap lemak manis

Sedikit sos tiram


Cara memasak:

1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).

2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.

3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.

4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau.

5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).

6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).

atas

Mee Hailam
Bahan-bahan:
1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dan cili api.
2. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
3. Masukkan sos tiram setengah botol kecil.
4. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
5. Masukkan sayur-sayuran dan mee.
atas

                          

AYAM GORENG DGN KENTANG

1 ekor ayam (potong ikut suka dan goreng garing cam biasa)
2 biji bawang holland (potong bulat)

5 biji cili api (diketuk)

6 biji kentang (buang kulit dan potong 6)

Secukup rasa



- goreng kentang sampai empuk (minyak jgn byk sgt)

- bile kentang dh empuk..masukkan bwg holland dan cili api dan gaul sebati smpai bwg dan cili api layu
- masukkan ayam yg dh goreng td dan secubit serbuk secukup rasa dan gaul sebati dan siap...


Nasi goreng kampung






Ayam sos tiram







Menu-menu tambahan:














Tiada ulasan:

Catat Ulasan