Jumaat, 5 Jun 2015

Sesi Membeli-belah

Pada mulanya memang saya tak ada senarai barangan untuk membeli-belah.Bawa duit pun setakat seribu ringgit dengan harapan akan cukup dan tak mahu terlebih.Ada orang,mereka lebih suka tukar duit dengan jumlah yang banyak supaya boleh digunakan jika nak ke sana lagi pada masa akan datang.Jika ada perancangan begitu,ok juga tapi saya memang tak ada perancangan untuk ke sana lagi.Lebih baik  bawa wang cukup-cukup sahaja.Jika wang terlebih,memang boleh ditukar semula tapi nilai akan rendah sedikit.
Duit lebih pun tak bawa banyak,memang mengundang masalah juga tambahan lagi saya membawa seorang anak.Saya terlupa bahawa dia juga perlu ada bahagiannya.Sememangnya percutian kali ini memberi pengalaman yang akan mengingatkan saya bahawa lebih baik membawa wang yang terlebih,apatah lagi jika kita mengikuti rombongan dengan rakan-rakan yang tak dikenali.
Semasa di Bandung,kami dibawa ke gudang pakaian(rumah yang dijadikan gudang),Toko Tiga-pusat Jeans dan Pasar Baru Bandung untuk membeli-belah.Di Toko Tiga,saya memang tak membeli-belah.
Masa ke Jakarta pada hari Selasa,duit hanya tinggal 220 000 rp saja,lebih kurang dalam RM 60 saja.Hari Rabu,saya akan bertolak ke KL.Perjalanan dari Bandung ke Jakarta mengambil masa 3 jam jika jalan tidak sesak.Dengan duit sebanyak itu,memang dah tak ada perkara yang nak dibeli,cukuplah cuci mata sahaja.Pada malam itu,kami bermalam di Jakarta.Hotelnya lebih baik berbanding di Bandung kerana agak besar sedikit.Tandasnya juga agak besar.Jam 8 pagi kami sudah ke Mangga 2(nama tempat).Kami ke pasar pagi iaitu pasar.Bukan pusat beli-belah yang besar seperti Mid Valley atau seumpamanya.Disebabkan awal sangat sampai di  pasar itu,kedai pun belum dibuka lagi.terpaksalah,menunggu dulu.Masa ke Mangga 2,barulah saya dapat tahu bahawa makan tengah hari itu tidak termasuk dalam pakej yang disediakan.Jika begitu, sudah pastilah memang tidak dapat beli apa-apa kerana belanja untuk makan berdua pun sudah 100 000 rp.100 000 rp lagi tu bolehlah beli baju t-shirt 5 helai.Jika saya seorang,tak ada masalah tapi bila ada anak,memang ada sedikit masalah kerana dia hanya tahu meminta.Kawan-kawan yang biasa melancong memang membawa wang yang banyak.Dapatlah pinjam dengan mereka. 
mangga masih dikunci.ada dua mangga iaitu sebelah dalam dan luar.mangga bahagian dalam sudah dibuka tapi mangga bahagian luar masih dikunci...terpaksalah menunggu hampir 40 minit.Jam 9 baru pasar dibuka....






teruja nak masuk ke 7 E tapi tak banyak barang di dalamnya...

pasar untuk beli pakaian seperti Pasar Payang juga...jika pandai menawar harga barangan memang berbaloi tapi jika tak pandai,lebih baik membeli-belah di Malaysia saja.
Semasa di Bandung,kami dibawa ke gudang pakaian kerana pakaian di Pasar Baru Bandung agak mahal berdasarkan cakap pemandu bas yang membawa kami.Harga pakaian di sini sudah murah dan tak boleh tawar-menawar lagi.Saya beli 4 helai kain pasang sebab suka dengan sulamnya.Baju raya dah ada,tak pasti pula kain ni untuk baju raya tahun depan atau akan dipakai saja.
Saya memang  tak teruja sangat nak membeli-belah kerana tak pandai nak tawar-menawar harga.Membeli untuk menghabiskan wang yang dibawa saja kerana kebiasaannya semasa membeli-belah di Malaysia,tak semua barang yang berkenan akan dibeli kerana masih terfikirkan mahal/murah atau berbaloikah membeli barangan tersebut.Jika di sini,apa-apa barang yang disukai dan biasanya tak ada di Malaysia akan dibeli tanpa banyak berfikir.


telekung yang dijual digudang berharga 210 000 tapi bila beli di Pasar Baru harganya 240 000.Nak tak nak,beli juga di Pasar Baru Bandung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan