Sabtu, 10 April 2010

Pecah Tradisi Setelah 12 Tahun...




Pagi tadi telah berlangsung Sukan Tahunan yang ke-13 dengan jayanya walaupun hujan lebat telah membasahi padang sekolah.Padang sekolah yang digenangi air tidak menjadi halangan untuk warga sekolah meneruskan acara yang telah dirancangkan.
Dengan sisa-sisa hujan yang masih menitis,saya ke khemah untuk memastikan keadaan sekitar padang sekolah.Pada mulanya saya agak berhati-hati berjalan di padang kerana ada lopak air di sesetengah tempat.Apabila acara bermula dengan perbarisan rumah sukan dan unit beruniform, saya mula kecut perut apabila mendapati beberapa orang atlet belum lagi ditemui.Murid2 berkeliaran.Sasaran saya hanya kepada murid yang memakai baju warna oren.Sambil mencari peserta,saya sempat mengambil tugas sebagai juru gambar dengan merakam beberapa gambar.Pengumuman yang dibuat di pentas kurang memuaskan menyebabkan saya terkejut kerana tiba-tiba peserta telah dilepaskan untuk acara 100m.Keadaan agak terkawal kerana guru-guru lain memainkan peranan memastikan peserta ada.Terima kasih kepada mereka.Kalau tidak,terkontang-kantinglah saya keseorangan mencari peserta.Seorang lagi peserta tidak dapat dikesan. Walau bagaimanapun peserta simpanan sudah ada menunggu.Tidak puas hati kerana gagal menemuinya,saya cuba menjejaki.Alhamdulillah,saya berjaya menariknya ke padang.Rupa-rupanya dia tidak mahu masuk acara kerana padang becak.Apa nak dihairankan dengan padang becak,memang sudah begitu.Peserta lain boleh berlari,mengapa pula dia memberi alasan.Sedangkan pada masa itu kasut saya sudahpun basah dan dah tak nampak rupa kasut cikgu.Apa dikisahkan,biarlah...Dengan keadaan padang yang becak,nasib baiklah tiada peserya yang jatuh tersungkur.
Setelah selesai acara balapan,acara Tarik Tali pula diteruskan.Peserta sesi petang berjaya mara ke peringkat akhir manakala peserta sesi pagi telah kalah pada peringkat awal lagi.Kini tinggal harapan untuk peserta menengah rendah sahaja.Dengan berkaki ayam,peserta sesi petang berjaya mengalahkan pihak lawan yang berkasut lengkap.Kegusaran kerana tiada kasut tidak menjadi penghalang untuk menang.Dengan berkaki ayam,peserta berjaya membuat penahan dengan tumit mereka.Tahniah kepada semua kerana Hang Nadim berjaya mendapat tempat pertama bagi Sukantara Pagi,Perbarisan,Tarik Tali dan Johan Keseluruhan dengan menumbangkan Rumah Hang Lekiu yang telah menyandang sebagai johan selama 12 tahun berturut-turut.Olahragawati juga disandang oleh peserta rumah Hang Nadim.Tahniah dan syabas serta terima kasih kerana kerjasama yang padu...Sebagai ketua rumah sukan,tugas saya sudah selesai ..TAHNIAH UNTUK DIRI SENDIRI,DUA KALI MENJADI KETUA RUMAH SUKAN(SEKOLAH YG BERBEZA),KEDUA-DUA RUMAH SAYA TELAH MENJADI JOHANNNN.ALHAMDULILLAH...