Rabu, 8 Oktober 2014

Jemput-jemput

Garingnya...itulah yang sedapnya..

Pagi-pagi pos gambar jemput-jemput ni terliur juga dibuatnya.Saya panggil jemput tawar tapi masin juga kerana ada bilis dan ditambah sedikit garam.Ini versi saya tapi kalau versi mentua lain sikit.Cara mentua buat cekodok ni, dia akan kisar semua bahan dan digoreng kecil-kecil saja.Cukup satu atau dua suap saja.Versi saya,ikan bilis dan bawang mayang sedap dimakan begitu saja dalan cekodok tu.Lagi banyak bilis dan bawang lagi sedap.Jika ada ikan rebus/kukus, dicampur sekali pun sangat sedap.Dah lama tak bubuh ikan rebus dalam cekodok kerana sekarang anak-anak suka makan ayam.Jadi,tak adalah banyak stok ikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan