Rabu, 15 Oktober 2014

Tus dan Susun Atur Cawan

Salam Rabu....6.35 pagi dah sampai di sekolah.Sebelum memulakan kerja hari ni,tinggalkan jejak di sini dulu...
Tus...macam biasa dengar tapi bila?Jika kita baca resipi,adalah kita jumpa perkataan tu.Tus maksudnya sejat.
Inilah cara saya tus cawan.Yang rendah tu baru saja beli tapi yang besi tu dah hampir 6 tahun guna.Cuci cawan,terus sangkut di situ.Cawan tu untuk kegunaan harian.Anak-anak pun mudah saja ambil cawan tu.
Besinya yang terkena air di bahagian bawah dah karat dan tiba masanya untuk ganti yang baharu.


Kole yang lain-lain ni untuk dekorasi saja.Jarang-jarang digunakan kecuali yang di sudut kopi tu.




Cawan untuk tetamu disimpan dalam bekas hijau bertutup dalam 3 set di situ.Tak berani nak simpan cawan dalam laci kerana Akmal si bibik cilik suka sangat mengemas.Bila masuk dalam bilik air pun sempat dia bersihkan tandas...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan