Jumaat, 17 Oktober 2014

Hobi Membeli-Belah

Rasa-rasanya semua orang perempuan suka berbelanja.Alhamdulillah,saya juga suka berbelanja tapi bukanlah penggemar barangan berjenama.Walaupun begitu,tabiat suka berbelanja tetap menebal.Sekarang suka sangat berbelanja barangan dapur sejak terpengaruh dengan kumpulan deko dan susun atur.
Ada-ada saja hajat nak ke Kedai RM 2,Mr Diy,Daiso dan kedai-kedai lain.Pantang nampak berkenan,adalah yang terbeli.Bak kata hati,biarlah kita berbelanja,sekurang-kurangnya hilang juga stress mengurus rumah tangga.Rumah yang selesa,kita juga boleh tersenyum.
Gambar-gambar ni cerita pada hari Jumaat yang lalu.Lepas habis sekolah,saja jalan-jalan ke kedai barangan dapur di kawasan perumahan.Beli juga bekas air tu bila menunggu Tupperware yang dipesan dah berbulan-bulan belum juga dapat.




yang kecil RM60 lebih
ini yang dibeli.RM 13...mahal juga untuk dua barang ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan