Ahad, 12 Oktober 2014

Pasar Pagi di Stadium Shah Alam

Hari ni nekad nak ke Pasar Pagi Shah Alam,lepas tu ke Mr Diy.Lima tahun saya tinggal di Shah Alam,tak pula ke sini.Memang dah tahu suami tak nak pergi tapi buat-buat ajak.Memang sahlah dia beri lampu hijau.Makanya,pagi tadi saya bertiga saja yang pergi.Bawa  Ammar dan Adib sebagai kawan.
Sebelum keluar dari rumah,saya hanya sempat menyidai baju sahaja  tapi tak sempat pula nak mengemas.Kalau nak difikirkan pasal kerja-kerja rumah,memang takkan habis tapi kalau tak pergi hari ni,minggu depan semacam tak nampak jalan nak jalan-jalan kerana kerja makin bertambah.
7.50 pagi saya bertolak dari rumah,belum 8.30 dah sampai ke sana tapi tak tahu tempat nak parkir kereta,saya parkir di Tesco Extra yang berhadapan dengan pasar tu.Bila di Tesco,barulah nampak ada lagi parkir dalam kawasan pasar tu.Rupa-rupanya masuk dari depan Tesco tu.Ada juga orang lain yang parkir kereta di Tesco.Dari Tesco,kena melintas jalanlah pula.Kena hati-hatilah kerana kereta agak banyak.Lain kali,terus masuk ke parkir dalam kawasan pasar lagi mudah.
Dalam 8.30 pagi tu,kereta dah penuh sepanjang jalan pasar tu.Dalam kawasan pun nampak dah penuh juga.
Bila dah sampai, tak tahu tempat nak tuju kerana ini pertama kali.Kalau ikutkan hati, nak cari pasu kalau ada jual tapi jumpa satu gerai saja yang jual pinggan mangkuk lama.Itupun tak banyak jumlahnya.Makanya,ikutlah kaki berjalan sepanjang jalan sebelum jumpa gerai makanan.Pergi dengan anak-anak,memang dia nakkan mainanlah.Cuaca agak baik tapi anak dah bising nak ke Tesco,makanya tak banyak gerai yang saya singgah.Hampir jam 10 dah ke Tesco.Geram juga masa jumpa gerai yang menjual barangan Tupperware,warna hijau pula tu tapi tak terbeli.Satu bekas air RM35,tak pasti mahal atau murah tapi kalau pesan dengan kawan,lama lagilah dapat barang tu.Mungkin boleh pergi lagi.

Ini saja yang dapat ambil gambar.
beli kipas hijau(RM 25) untuk letak di meja bilik guru.di Mr Diy pun ada,RM28..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan