Selasa, 14 Oktober 2014

Susun Atur Stok Makanan

Pening juga nak memikirkan penstoran stok barang-barang dapur.Akhirnya,tercetuslah idea rak tinggi ni.Pada mulanya nak letak rak tarik tapi nak jimat,buat rak biasa saja.Rak ni agak dalam sikit tapi bersyukurlah sekurang-kurangnya ada tempat untuk simpan barang secara tersusun.



Semua bahan lain disimpan dalam bekas supaya tak sakit mata memandang.Dahlah raknya agak dalam,bekas plastik tak dilabel lagi.Kalau dah label,senang sikit,tak perlulah nak intai satu-persatu bekas nak cari benda.Gula dan minyak juga di sini tempatnya

Kalaulah boleh gunakan bahagian pintu sebelah dalamnya ni,tak perlulah banyak tempat untuk simpan stok makanan.Perancangan tu mungkin lambat lagi kerana Akmal masih lincah mengemas dapur.Dah ada pagar pun,dia dah pandai buka kuncinya sendiri…

3 tingkat untuk stok makanan manakala dua tingkat lagi untuk simpan bekas-bekas plastik dan barang-barang dapur yang lain.





Rak tarik ni tempat bekas plastik yang digunakan untuk menyimpan bahan basah dalam peti ais.makanan yang bertin dan berkotak saja sesuai diletakkan di sini di samping segala perencah dalam plastik atas sekali untuk mengelakkan serangan lipas



2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Itulah satu-satunya rak tarik yang ada...alhamdulillah,ada juga,teratur sikit barang....

      Padam