Sabtu, 24 Julai 2010

Baca Surat Khabar...Kerjakah Itu?

Geram juga rasanya apabila semua perkara kita perlu lakukan.Sedang kalut di dapur,tangan sedang ligat membersihkan ayam yang baru dibeli,tiba-tiba yang sulung datang ke dapur minta dibancuhkan susu untuknya. Terpaksah cuci tangan pula.Bila dah siap dibancuh, terlihatlah si ayahnya yang sedang syok menonton tv.Lagilah berasap kepala dibuatnya.Tak boleh jadi macam ni.Semua perkara,anak hanya memandang ke arah umminya untuk membuatkannya, sedangkan nama ayah langsung tiada dalam kepala anak.Satu hari,saya cubalah bercakap dengan si anak sulung supaya dia faham akan situasi dan tanggungjawab.
"Abang,kalau abang nak susu atau nak apa-apa saja,kalau ayah ada,suruhlah ayah buatkan.Semua benda ummi nak buat,nanti penatlah ummi.Kalau ummi tak buat apa-apa masa tu,tak apalah kalau nak ummi buatkan.Faham tak?"
"Faham" Ammar menjawab.Tunggu sajalah nanti, macam mana.Saya menjawab dalam hati.
Tak lama selepas itu,"ummi,pasang tv,ayah tengah buat kerja.Pada masa itu memang ayahnya sedang buat kerja lain.Oklah,dia faham apa yang saya cakap tu.Selalunya kalau dia minta buatkan apa-apa,pasti dia akan kata ayah sedang buat sesuatu.
Satu pagi,semasa saya sedang menjemur baju di ampaian, tiba-tiba Ammar bersuara,"ummi,pasang tv,ayah sedang baca surat khabarlah mi."
Menyirap juga darah saya apabila melihat ayahnya yang senang-senang bersilang kaki membaca surat khabar di sebelahnya dikatakan sedang buat kerja. Saya yang cepat-cepat nak menyiapkan jemuran kain kerana tidak tahan dek bahang matahari,tak buat kerjakah?Entahlah...tak boleh nak salahkan dia juga.Nak marah pun ada,nak gelak pun ada masa tu. Tersilap tafsiranlah pula si Ammar ni.