Sabtu, 9 Jun 2012

Sepetang di Cameron Highland

Cuti kali ini sememangnya saya tidak mengharap untuk bercuti ke mana-mana memandangkan banyak kertas peperiksaan belum selesai ditanda dan ditambah pula dengan kerja-kerja rumah yang agak lama tidak diurus dengan sempurna.Tanpa diduga suami mahu membawa kami jalan-jalan ke Cameron Highland pada hari Isnin lalu.Macam tak percaya saja tapi itulah luar biasanya pada hari itu.Disebabkan haiwan peliharaan makin banyak,maka tengah hari barulah dapat bertolak.Jam 12.30 dari rumah,jam 2 sudah berada di Tapah.Kami melalui jalan Tapah.Jalannya memang sempit dan bengkang-bengkok.Kereta memang tak boleh dipandu dengan laju sepanjang 55 km perjalanan.selepas Lata Iskandar,ada gerai jualan barangan kraf.Apa lagi,kami singgah sekejap.Kebetulan Akmal pula diam dalam kereta.Sporting betul.






Kami hanya singgah di MARDI.Gambar-gambar ni diambil sekitar Mardi.












































Semasa nak balik singgah di pasar malam Brinchang.Seronoknya seab macam-macam ada tapi kami hanya beli makanan, strawberi dan pelekat peti saja.Jalan sesak sepanjang jalan ke Brinchang.Nasib baiklah perjalanan kami lancar saja.Kami balik ikut jalan Simpang Pulai.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan