Khamis, 7 Jun 2012

Lata Iskandar,Tapah

Semasa dalam perjalanan ke Cameron Highland,tiba-tiba kelihatan deretan kereta diletakkan di tepi jalan.Dahlah jalan sempit,ditambah pula dengan kereta yang diletakkan di tepinya,perjalanan makin perlahan.Hairan juga dengan keadaan tersebut.Tidak lama kemudian,kelihatan deretan gerai di tepi jalan.Hairan lagi saya.Mengapa ada gerai di tepi jalan ni?seronok juga mencuci mata tapi hanya dalam kereta saja.Geram juga nak singgah di situ tapi bilalah pula nak sampai ke Cameron jika berhenti di situ.Kemudian,barulah saya nampak air terjun di sebelah kiri jalan.Jelas kelihatan pula tu dari dalam kereta.Oh,inilah Lata Iskandar yang saya nampak di papan tanda semasa melepasi tol nak ke Tapah tadi.Memang tak sempat nak ambil gambar,jadi terima kasih tuan punya gambar yang diambil daripada google.







Berdasarkan maklumat yang dipetik daripada http://www.mdtapah.gov.my/web/guest/lata_iskandar:
Lata Iskandar merupakan salah sebuah kawasan rekreasi air terjun yang menarik dengan alam semulajadinya yang mengagumkan dan mudah untuk dikunjungi. Terletak di pertengahan jalan di antara Tapah dan Cameron Highlands, air terjun ini mempunyai kolam-kolam takungan di setiap hujung barisnya, menyediakan satu tempat mandi yang sesuai untuk seisi keluarga.Pengunjung boleh mengambil peluang untuk bermandi-manda di dalam airnya yang sejuk dan segar, yang terbit dari kawasan pergunungan. Bagi pencinta alam pula, sedikit masa yang diluang melalui denai-denai hutan yang telah disediakan akan membawa anda kepada keseronokan dan kekayaan flora dan fauna di sekeliling air terjun tersebut.Di bahagian bawah air terjun ini, terdapat bazar-bazar kraftangan yang menawarkan pelbagai hasil kraftangan yang boleh dibeli mengikut citarasa masing-masing. Hasil-hasil kraftangan di sini bermutu tinggi terutamanya hasil-hasil kraftangan oleh Orang Asli. Deretan gerai-gerai yang menyediakan minuman dan makanan ringan juga telah didirikan berhampiran kawasan air terjun untuk keselesaan orang ramai yang singgah untuk menikmati keindahan Lata Iskandar.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan