Sabtu, 7 April 2012

Sudah Seminggu

Alhamdulillah,sudah seminggu memandu sendiri ke tempat kerja walaupun kerap hujan sama ada masa pergi atau balik.Hampir seminggu jugalah saya solat subuh di sekolah.Maka,baru saja hampir seminggu,kereta sudah macam belacan.Almaklumlah,kereta sentiasa dipandu kiri jalan.Jalan berlopak,tak ratapun,saya redah saja.Hari Khamis terpaksa cuci sikit kereta kerana malu dengan diri sendiri.Itu belum lagi budak-budak sekolah tengok.Air muka cikgu kena jaga.Pagi-pagi kita sibuk suruh budak bersihkan kelas sebelum mula p&p,tapi kereta sendiri pun tak bersih.Nampak sangatlah kita ni tak mendidik melalui teladan.

Setiap kali nak balik,berdebar-debar juga.Bila baca rabbi yassir wala tuassir,alhamdulillah..dipermudahkan perjalanan balik.Nak singgah ke mana-mana tak berani lagi lagipun masa balik tak pernah pula dapat terus balik jam 1.15.Paling tidak pun 1.30 petang baru balik.Biasanya ada-ada saja kerja yang perlu dibuat lepas sekolah.Hari ni pun balik lambat.Jam 3 petang baru balik pada hal loceng berbunyi jam 12.30 lagi.Sebagai cikgu,memang tak sesuai nak berkongsi kereta ke tempat kerja sebab setiap orang ada tugasan yang berbeza.Ada yang akan balik lambat semata-mata nak siapkan kerja dulu tapi ada juga yang terus balik bila loceng berbunyi.Sebelum ini,terpaksa ikut saja kawan balik ikut masanya dengan mengenepikan kerja-kerja yang ada.Almaklumlah,kita menumpang orang.Bila dah balik lambat,kasihan pula kepada Akmal yang ditinggalkan di taska.Maka, hasrat nak singgah ke tempat lain tu terpaksa simpan dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan