Ahad, 5 Jun 2016

Langsir Siap yang Murah

Kain langsir hijau yang dibeli setahun lepas baru dihantar ke kedai untuk dijahit.Kononnya nak jahit sendiri tapi mesin jahit dah buat hal,lagipun projek jahit-menjahit ni agak lemah sikit.Bila langsir merah dicuci,dah tak ada langsir yang sesuai nak diganti.Masa nilah baru terasa pentingnya ada banyak langsir.Makanya,mulalah saya mencari-cari langsir yang murah di kedai-kedai sekitar perumahan.Nak je Mr Diy,Kaison,Super Save memang malas.Kebetulan di Pasar raya Karnival ada jual langsir.Langsir hijau ada tapi terang sangat warnanya.Corak pun bunga-bunga,dahlah kertas dinding berpelekat pun berbunga,serba salah pula nak beli.Satu hal lagi,ukurannya.Tinggi langsir yang diukur semalam ialah 96 inci tapi langsir tu tingginya hanya 90 inci.Nak buka kelim bawahnya atau letak renda supaya labuh sikit tapi lecehlah pula.Tapi akhirnya saya beli juga langsir yang berharga RM 49 ni.Reda sajalah untuk sementara waktu,lagipun langsir tu boleh digunakan untuk bilik utama.Bila balik ke rumah,tak sabar nak gantungkannya.Alhamdulillah,ok saja.Nasib baiklah ada idea lain untuk selesaikan masalah ni.Taklah ketara singkatnya bila guna penyangkut yang tinggi.

Baru belajar tentang lebar langsir hari ni.130 inci tapi bila dibuka pendek pula.rupa-rupanya 130 tu untuk dua keping langsir.lebarnya kurang sesuai sikit tapi terpaksa kurangkan jumlah cangkuknya

Guna penyangkut yang tinggi cangkuknya supaya kedudukan langsir tak singkat.Kalau langsir labuh,mungkin boleh guna cangkuk yang satu lagi tu supaya kedudukan langsir tinggi sikit

Gelang bulat ni penyelamat juga sebenarnya..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan