Ahad, 27 April 2014

Gantung Baju dan Tudung Lagi

sumber google...



Pada mulanya saya  simpan tudung di tempat gantungan yang bulat tu.Sebelum tu,lipat tudung dan letak dalam laci tapi bila dah malas nak lipat,berubahlah cara simpanan dengan menggantungnya.Sekarang,leceh juga nak simpan di tempat gantungannya yang bulat tu.Pertama,tudung makin banyak sedangkan tempat simpannya hanya satu.Maklumlah,tudung yang saya pakai bukannya mahal pun,maka nafsu membeli tudung baharu memang selalu ada.Kedua,sudah bosan dengan cara tu,selalu tak jumpa tudung yang dikehendaki...
Bila ada idea nak gantung semua tudung,kena fikir tempatnya.Maklumlah di dalam bilik sudah ada 4 buah almari dan satu penggantung kayu.Nasib baiklah bilik utama sangat luas.
Semasa ke Tesco Puncak Alam Ahad lepas,jumpalah dengan penggantung ni yang berharga RM 39.90.Pasang sendiri saja walaupun terasa kelakar gara-gara sangkakan batang besinya tak cukup.Padahal,tersalah tafsir gambar.Apabila lihat gambar depannya,barulah faham.Nak buat macam mana,orang perempuan buat kerja.
Apabila disusun semula tudung tu,barulah jumpa beberapa tudung yang dah lama tak dipakai kerana terselit.Memang patut ubah pun cara simpan tudung kalau macam ni.Bahagian atas tu jubah yang dipakai masa mengandung dulu.Sekarang tak berapa nak suka pakai jubah ke sekolah dah,jadi kenalah fikir masa yang sesuai untuk pakai jubah tu.Baju-baju untuk jalan-jalan pun di situ,senang nak capai kerana terbuka seperti itu.Apabila letak dalam almari,susah juga nak cari kerana pintu almari yang jenis tolak(sliding) agak leceh sikit.

Nota kaki:tak suka gantung pakaian macam ni kerana habuk dan serabut mata melihat,tapi dah tak ada pilihan,kena reda juga cara macam ni...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan