Selasa, 15 Mac 2016

Alas Kaki dan Karpet di Sakan Rawang

Salam cuti...
Agak lama juga blog ni menyepi.Apabila nak buat catatan,gambar dalam telefon tiada dalam Photos,makanya terbantutlah hajat nak tambah catatan di blog.Agak lama ambil masa untuk adakan mood semula hingga hari ni baru sampai mood untuk kemas kini blog.
Penghujung tahun lalu,bukan main lagi saya bertekad nak mencari alas kaki sempena pertandingan #dapurdrksk hingga ke Tesco saya pergi walaupun dah tahu di Sakan ada alas kaki yang murah tapi terasa jauhnya Sakan tu,saya mencari di tempat yang dekat walaupun harganya agak mahal.
Tapi,dalam hati memang nak sangat jejak ke Sakan tu.Nak minta encik suami bawa ke Sakan,memang tidak mahunya dia kerana manalah dia suka saya ni boros berbelanja.Jadi,sabarlah wahai hati.

Nak dijadikan cerita, penghujung bulan Februari tempoh hari saya ditugaskan untuk menjadi hakim bagi pertandingan bahas di zon Rawang.Tahun lepas pun dah jadi hakim,makanya tahun kena jadi hakim lagi kerana bilangan hakim yang ada tak ramai.Inilah kesempatan yang diambil.Sebelum ke sekolah tersebut pada hari yang ditugaskan,saya mesti tahu jalan dahulu kerana tak nak tersesat dan menggelabah pada hari kejadian.Apatah lagi saya ni hanya pandai memandu nak ke sekolah sendiri saja, nak ke mana-mana kurang pandai sikit.Hujung minggu tu, memang ada sebablah nak ke Rawang.Sebelum ni, memang malas nak cuba semata-mata nak mencari pasar raya Sakan tu.Alhamdulillah,ada juga peluang untuk ke sini.Sempatlah saya singgah di Sakan dan Parkson.Kalau diikutkan,Tesco pun memang nak singgah tapi bila ke sana dah waktu petang,malaslah nak lama-lama.Puas hati singgah Sakan,boleh cuci mata.Berkenan pula dengan alas kerusi tapi tak pasti muat atau tidak,makanya tak beli.




Corak hijau seperti ni saja yang ada.corak seperti yang saya beli tak ada,makanya memang hanya cuci mata saja.







sempat lagi rembat tudung di Sakan.hanya RM 17.90

Tiada ulasan:

Catat Ulasan