Blog ini sekadar untuk merakam detik-detik dalam kehidupan seharian kerana rumah duniaku,keluarga kebahagiaanku,minat kepuasanku dan kerjaya inspirasiku.
Jumaat, 13 Mei 2011
Ceritera Merah Hitam
Berhari-hari juga saya mencari baju berwarna merah dan hitam untuk dipakai pada Hari Guru nanti.Akhirnya jumpa juga yang berkenan walaupun ia taklah secantik dan seglamour pakaian orang suka berfesyen.Baju tu pun sekadar nak meraikan hari istimewa untuk diri sendiri.Tanpa disangka, mesyuarat Kelab Guru yang lalu memutuskan bahawa majlis Hari Guru akan diadakan secara sederhana saja memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan.Semua rancangan yang tekah diatur terpaksa dipinda.Nak buat macam mana, lelah sahajalah yang dapat selama ini.Terkedek-kedek saya menghantar borang penyertaan untuk anugerah tokoh guru ke setiap kelas, akhirnya acara tersebut tidak akan dijalankan.Mengeluh dalam hati sajalah nampaknya. Ada juga guru yang telah membeli pakaian untuk hari tersebut mengeluh kerana majlis hanya berlangsung secara sederhana.Mungkin pakaian tersebut hanya sesuai dipakai semasa majlis sahaja sehingga dia mengeluh sebegitu. Nasib baiklah saya hanya membeli sehelai baju kurung moden yang sesuai dipakai ke sekolah.Jadi, majlis berlangsung meriah atau tidak, tak jadi masalah.Cuma, sebagai AJK Kelab Guru, memang kecewa apabila tiba-tiba ramcangan terpaksa dibatalkan.Apa-apapun, ada hikmahnya juga.Tak perlulah kami bersusah payah membuat persediaannya.Masa yang ada boleh digunakan untuk menghabiskan penandaan kertas peperiksaan pertengahan tahun sebelum cuti sekolah muncul.
Selasa, 10 Mei 2011
Pinggan Hiasan
Ada teguran daripada jiran-jiran,'banyaknya pinggan hiasan".Nak buat macam mana, hati dah berkenan nak buat koleksi pinggan hiasan.Rasanya ada dalam 30 semuanya.

Isnin, 2 Mei 2011
Cuti Hari Pekerja:Masa Terisi
Lama sungguh saya tidak bertandang ke rumah alam maya ini. Kesibukan pada bulan April memang terasa.Pertandingan pantun, latihan rumah sukan, persatuan, menggubal soalan peperiksaan, menghantar buku semakan dan masalah disiplin pelajar merupakan rutin baharu pada bulan April.Tiga hari bercuti sempena Hari Pekerja memberi ruang kepada saya untuk menyiapkan banyak kerja sekolah.Jika orang lain tidak mahu membawa balik kerja ke rumah kerana ingin menikmati cuti sepenuhnya, namun bagi saya,membawa balik kerja sekolah ke rumah sudah menjadi rutin pada hujung minggu apatah lagi jika musim sibuk seperti ini.Cuti tiga hari dinikmati bersama kerja sekolah dan kerja rumah yang perlu disiapkan.Dalam melaksanakan rutin harian seperti membasuh,memasak,mengemop lantai, dan mengelap habuk-habuk, sempat lagi saya mengetuk dinding rumah.Apa lagi,menghis rumahlah pula.Itulah satu-satunya terapi yang boleh menghilangkam stress kini.Tidak perlu pergi keluar rumah untuk mengambil angin atau mencuci mata, aktiviti dalam rumahpun boleh juga menghilangkan stress.
Tiba-tiba sahaja pagi Isnin ni idea datang untuk memanfaatkan pinggan hiasan yang sudah lama tersadai kerana ragu-ragu nak menggunakannya.Setelah saya perasan ada gambar orang kena salib(secara tidak jelas) pada pinggan hiasan,saya sudah tidak menggunakannya lagi.Maka,statusnya sebagai pinggan hiasan sudah dilucutkandan ditempatkan di bakul sampah.Suami pula yang menyimpannya.Maka, tak jadilah nak membuangnya.Hari ini datang pula ideal nak menghias ruang dinding yang dilihat masih kosong. Kebetulan, saya memang nak meletakkan gambar di dinding tersebut, maka kenalah tempatnya pinggan hiasan itu digunakan untuk melekatkan gambar pada permukaannya.
Setelah saya menunjukkan hasil kreatif, suami pun tidak kurang juga ingin menunjukkan bakatnya yang suka bertukang.Inilah hasilnya.Bila ditanya, nak buat apa,macam biasalah rahsia.Tunggu jelah bila betul-betul dah siap nanti, ke mana dia nak letakkannya.

Langgan:
Catatan (Atom)