Rabu, 7 September 2011

Sedia Merai Tetamu

ada  balang biskut di atas meja kerana gambar diambil semepana Hari Raya
Tak tahu nak komen dari segi kesesuaiannya.Apa-apa pun terima kasih kepada suami yang bertungkus lumus mengecat dinding dan menggantungkan langsir serta gambar di dinding.Semua kerja suami yang buat biarpun tiga hari tak berlangsir.Dalam masa itu jugalah rumah ditutup untuk dikunjungi.Contengan yang agak ketara di dinding sudah dihapuskan.

Selasa, 6 September 2011

Adib Potong Rambut

Pertama kali Adib beraya dengan rambut pendek tahun ni .Kebiasaannya, rambutnya tidaklah sependek ini kerana nak menggunting rambutnya memanglah susah.Tak nak duduk diam bila rambut dipotong menyebabkan rambut dipotong ala kadar sahaja. Tahun ni,ada benda yang dia suka main masa rambut dipotong, makanya lamalah dia boleh bertenggek di kerusi.Main lampu suluh memang kegemarannya.Akhirnya lampu suluh tu rosak.Tak tahu apa yang dah dibuatnya.

Sabtu, 3 September 2011

Hambarnya Raya 2011

Catatan 1:Kuala Selangor
Malam raya, hanya saya anak-beranak yang berada di rumah mentua.Ipar duai yang lain tidak balik kerana beraya di rumah mentua masing-masing.Seorang diri, terpaksalah merajinkan diri memasukkan biskut ke balang yang bukan sedikitnya.Padahal, kebiasaannya 10.00 malam saya sudah tidur.Dahlah pengumuman raya tak kedengaran di tv,tunggu punya tunggu, dengar takbir di masjid berdekatan dalam jam 9.10 malam.Macam tak percaya pula esok dah raya. Mak mentua pun tolong juga masukkan biskut ke balang.Cawan-cawan belum dicuci, lantaipun belum disapu lagi tapi badan dah penat.Biasanya,pada waktu malam baju raya dah diseterika, tapi memandangkan kali ini tiada orang, esokpun masih sempat.
Pagi raya, tinggallah saya berdua apabila suami,mak dan anak sulung pergi solat sunat hari raya.Masa nilah saya menyapu lantai dan mengemas apa-apa yang patut.Bila tiba masa nak berjalan-jalan, jalan sesaklah pula.Nasib baik dapat juga bertandang ke rumah sanak saudara.Jika tidak,memang kecewa sakanlah bila beraya pun asyik terperak di rumah.Tahun ni suami tak beli baju raya.Dia masih memakai baju Melayu hijau yang tahun lepas.Nak bergambar tak seronok bila kami bertiga saja yang bertema ungu.
Gambar keluarga di Besut.buat kenangan jelah gambar ni walaupun empunya diri tak ada dalammnya.





Catatan 2:Besut
Tengah hari pada hari raya kedua barulah saya bertolak ke Besut.Jam lapan malam baru sampai.Tiba di rumah kak long, adik-beradik yang lain pun dah balik ke rumah masing-masing.Tinggallah saya dengan anak-beranak kak long dan mak saja.Sama saja keadaannya seperti di Kuala Selangor.Apalah nasib raya kali ni.Nasib baiklah raya kali ini mulut tidak diserang ulser lagi,jika tidak memang malanglah nasib.Esoknya, saya sudah nak bertolak ke SU kerana tak mahu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.Masa yang ada untuk berjalan-jalan hanyalah satu hari saja.Masa nak ronda-ronda ke pekan J, jalan juga sesak.Bosannya beraya dengan keadaan sebegini.Terpaksalah menempuh jalan yang jauh untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.Dapat juga cuci mata dan mengimbau kenangan zaman remaja dulu.Nampaknya jalan yang sering dilalui untuk ke sekolah masa zaman persekolahan dulu sudah berubah kerana dipenuhi semak-samun.
aktiviti main-main pada pagi raya ketiga

Catatan 3:Saujana Utama 3
Sampai rumah jam 4 pagi pada hari Sabtu setelah kami tidur dua jam di r&r kerana kepenatan.Paginya, mulalah nak mendobi pakaian yang banyak dan menyambung mengemas rumah.Hanya sempat cuci sahaja pakaian anak-anak,mesin basuh buat hal dan tak nak hidup pun apabila suis ditekan.Terpaksalah mencuci dengan tangan.Nasib baik dah cuci baju tu, cuma bilas saja.Belum pun sempat mengemas rumah sepenuhnya, rumah sudah diterjah oleh sekumpulan kecil kanak-kanak yang merupakan kawan anak sulung.Nak beraya rupanya.Rumah masa tu memang macam tongkang pecah kerana bersepah dengan mamee yang baru dibelasah oleh dua beradik tu.Nasib baiklah budak-budak yang datang beraya,kalau orang tua, memang tak tahu nak cakap apa.Selepas insiden tu, suami dan anak-anak mulalah nak mengemas.Tahu juga malu ye.Nak harapkan saya seorang. itulah jadinya bila dah tak larat...