Set minum petang 20 unit pinggan vantage Givenchy yang menjadi hadiah bagi ruangan Setia Bersama sudah lama menjadi idaman.Sudah lama saya siapkan satu rencana pendek mengenai dekorasi di rumah namun belum diemelkan kerana berasa gambar hiasan rumah yang diambil kurang menarik.Petang tadi,setelah pulang dari sekolah saya menyambung kerja mengambil gambar bagi beberapa sudut di rumah yang berwajah baharu bersempena hari raya.Kali ini ada cerita yang agak menarik di sebalik gambar-gambar yang diambil dan diketengahkan dalam rencana pendek tersebut.Masalahnya, rencana pendek saya telahpun disiarkan pada penghujung bulan Disember 2009 yang lalu.Kemungkinan rencana ini tidak akan dilayan kerana dihasilkan oleh orang yang sama agak tinggi peratusnya.Walau apa-apapun, saya hanya cuba sahaja kerana manalah tahu rencana pendek ini menarik untuk disiarkan lagi...
Blog ini sekadar untuk merakam detik-detik dalam kehidupan seharian kerana rumah duniaku,keluarga kebahagiaanku,minat kepuasanku dan kerjaya inspirasiku.
Isnin, 3 Oktober 2011
Idaman Hati...
Set minum petang 20 unit pinggan vantage Givenchy yang menjadi hadiah bagi ruangan Setia Bersama sudah lama menjadi idaman.Sudah lama saya siapkan satu rencana pendek mengenai dekorasi di rumah namun belum diemelkan kerana berasa gambar hiasan rumah yang diambil kurang menarik.Petang tadi,setelah pulang dari sekolah saya menyambung kerja mengambil gambar bagi beberapa sudut di rumah yang berwajah baharu bersempena hari raya.Kali ini ada cerita yang agak menarik di sebalik gambar-gambar yang diambil dan diketengahkan dalam rencana pendek tersebut.Masalahnya, rencana pendek saya telahpun disiarkan pada penghujung bulan Disember 2009 yang lalu.Kemungkinan rencana ini tidak akan dilayan kerana dihasilkan oleh orang yang sama agak tinggi peratusnya.Walau apa-apapun, saya hanya cuba sahaja kerana manalah tahu rencana pendek ini menarik untuk disiarkan lagi...
20 Tahun Baru Berjumpa
Catatan yang dah basi tapi nak tulis juga kerana hari ni (25.9.11)penuh makna.
Kali kedua saya mengadakan majlis bersempena hari raya.Kali ini tujuannya untuk menjemput adik-beradik dan rakan-rakan yang terdekat setelah jiran tetangga telah diraikan dua minggu lepas.Kali ini terdetik untuk menjemput seorang rakan pena yang tinggal di Klang.Kami sudah lama berkawan iaitu sejak di tingkatan dua lagi(1991).Maknanya sudah 20 tahun kami berkawan tapi tak pernah pun berjumpa.Kami mula berkawan apabila gambar paspot saya terpampang di majalah Dewan Pelajar kerana memberi pendapat.Sejak itu, banyak surat dari merata negeri yang diterima daripada rakan sebaya untuk dijadikan kawan.Ramai antara mereka yang sudah terputus hubungan setelah beberapa tahun kemudian, tapi dengan rakan yang ini, kami terputus hubungan pada tahun 2000 setelah dia berkahwin dan saya berada di tahun akhir di u.Mengingatkan keakraban hubungan kami, dua tahun lepas saya cuba menjejakinya melalui google dan fb tapi tak berjaya kerana saya sudah lupa nama penuhnya.
Apabila berkesempatan balik ke kampung, saya cuba membelek-belek kembali surat-surat dahulu yang masih disimpan.Sayangnya tiada pula alamat dan nama penuhnya. Tapi saya tidak berputus asa, usaha menjejakinya menerusi fb masih dilakukan.Berkat kesabaran,akhirnya saya dapat menjejaknya setelah berkali-kali berusaha.Walaupun tak berapa pasti dia orangnya, saya tetap mengharap bahawa dia memang orangnya. Dari situ, kami berhubung kembali.Sudah dua tahun kami berhubung melalui fb tapi tak pula kami mengambil nombor telefon dan alamatnya.Bila dah begini keadaannya, barulah rasa bersalah kerana tidak mengambil nombor telefon untuk dihubungi.Bila nak menjemputnya ke rumah, saya hanya reda saja.Manalah tau jika dia tak aktif berfb sejak akhir-akhir ni kerana saya pun kurang aktif berfb kerana sibuk dan kekangan masa.Pesanan hanya dibuat melalui fb.Jika dia membuka fb,dapatlah dia membaca mesej tersebut.Tapi, jika dia tidak membuka fb sehingga tengah hari Ahad, maka tiadalah harapan nak berjumpanya.Alhamdulillah,akhirnya saya dapat panggilannya daripadanya untuk bertanyakan alamat rumah saya kerana dia dalam perjalanan kini.Memang tak terkata apabila pertama kali berjumpa.Gembira memang terlalu gembira.
Untuk menu hari itu, suami yang banyak main peranan kerana saya semain penat setelah berbadan dua.Saya hanya membantu ala kadar saja. Tripple masih tak menjadi walaupun sudah kali ketiga saya membuatnya dalam masa yang terdekat.Tapi,disebabkan badan kurang bertenaga, hanya dua juadah itu sajalah yang dapat kami hidangkan kepada tetamu pada hari itu.Ramai yang memuji mee udang yang dimasak oleh suami sedap.
Ahad, 2 Oktober 2011
10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah
1- Surah Al-Fatihah da...pat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.Lihat seterusnya..
Oleh: Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah

Langgan:
Catatan (Atom)