Khamis, 13 Oktober 2011

Lelaki atau Perempuan:Reda saja


Hari ini kali ketiga saya menjalani pemeriksaan untuk ibu mengandung.Imbasan juga akan dilakukan hari ini.Imbasan yang dibuat semasa tiga minggu dulu belum memberi kepastian kepada doktor untuk menentukan jantinanya.Sebelum sampai ke hospital,saya ada berkata-kata dengan bayi dalam perut sambil mengusap-ngusap perut, “hari ini tunjukkan diri sama ada lelaki atau perempuan”.Jika dah tahu jantinanya, taklah susah nak beli kelengkapan bayi.Tambahan pula kelengkapan bayi yang sudah ada kebanyakannya sudah lusuh.Jika perempuan, senang saja kerja saya.Beli saja yang baharu.

Hari ini juga saya akan minum air gula untuk mengetahui sama ada mempunyai masalah kencing manis atau tidak.Saya sebenarnya sudah lupa prosedurnya.Ada juga bertanya kepada kawan tetapi tersalah oranglah pula.Dia pun tak tahu sebab tak pernah melaluinya.Macam biasa,jalan memang sesak.Kali ini ikut lebuh raya tetapi jalan sesak juga.Jam 8.20 pagi baru sampai di PPUM.Bila dah mendaftar,barulah tahu bahawa saya kena puasa malam tadi.Ooo macam tu ker?Dalam hati berkata.Macamlah tak pernah mengandunglah pula tapi itulah,bila dah semakin meningkat umur ni,memang pelupa.

Selepas menimbang berat, berat saya turun hampir satu kilo gara-gara tidak selera makan dua hari yang lalu disebabkan angin dalam badan.Jururawat memberitahu saya boleh menjalani minum air gula bila jam10 pagi memandangkan saya belum bersarapan dan makan pun pada jam 4 pagi tadi.Sementara itu,saya perlu menjalani imbasan dulu.Semasa imbasan dibuat,keadaan bayi yang terkangkang membolehkan doktor nampak dengan jelas jantinanya.Lelaki lagi.Nampaknya terpaksalah reda.Walau apa-apapun jantinanya, yang penting kami selamat kerana sehingga hari ini uri saya masih di bawah.Kepala bayi juga berada di bawah.Bila dah uri masih di bawah, di rumah saya hanya nak berehat saja.Malas sangat nak membuat kerja rumah.Walaupun berat badan agak susut,bayi tetap membesar dengan baik.Kali ini dia sudah mencecah 1 kilogram.Jam 10.30 pagi saya sudah siap berurusan kerana hari Khamis memang tidak ramai orang seperti hari Selasa kebiasaannya.

Rabu, 12 Oktober 2011

Bilik Ammar

Tahun depan Ammar mula masuk darjah satu.Janjinya, dia akan tidur di bilik sendiri.Kalau begitu,lapanglah bilik tidur utama.Harap-harapnya dia akan kotakan janjinya.Dalam pada itu,terfikir-fikir juga cara untuk menghias biliknya supaya dia selesa dengan keadaan bilik baharunya itu.Nampaknya hujung tahun ini,bajet bergandalah yang perlu dikeluarkan.Peralatan dalam biliknya mesti dibeli,pakaian sekolahnya juga mesti dibeli.Baju-baju bayi juga mesti dibeli kerana kebanyakan baju yang disimpan sudah agak lusuh.Kasihan kepada bayi yang baru keluar untuk mengenali dunia baru disambut dengan sebegitu.Rasanya kalau beginilah keadaan dalam biliknya, pasti dia suka tapi nak kena guna juru reka dalaman jawabnya.


Sabtu, 8 Oktober 2011

Cuti Deepavali

Deepavali tahun ini saya akan bercuti seminggu juga.Cuti berganti dah lama dibuat.Kali ini kalau diizinkan,bolehlah Ammar menikmati pemandangan di jambatan Pulau Pinang.

Kalau diizinkan,maklumlah bos besar belumpun memberikan kata putus.Sesi memujuk dah dibuat.Bila cuti sekolah akhir tahun nanti rasanya dah tak larat nak jalan jauh-jauh.Berehat sajalah masa tu.Bestnya kalau dapat singgah kat sini.Dah sepuluh tahun meninggalkan dunia kampus ni.

Lepas tu singgah pula ke sini.

Masa balik,bolehlah singgah ke sini pula.Cuci-cuci mata dan cuci duit sikit.

Mengidamkah ni?Tak pasti pula tapi seronoknya kalau jadi kenyataan.Memang dah lama nak mengumpul pasu yang cantik seperti ini.Di kedai yang ada di sini,taklah cantik sangat.Pernah juga tengok pasu yang dah berkenan di kedai Ten Ten tapi berfikir panjang nak membeli.Dah lama barulah berhajat nak membelinya tapi kedai tu dah tak ada.Mufliskah kedai tu?Masa nilah baru rasa terkilan tapi apa nak dibuat,dah terlambat.

Pasu tu nak letak di bawah meja konsul ni.Biar makin meriah.Nak beli barang,kena fikir dulu tempatnya nanti dalam stor pula letaknya.Membazir.