
Hari ini kali ketiga saya menjalani pemeriksaan untuk ibu mengandung.Imbasan juga akan dilakukan hari ini.Imbasan yang dibuat semasa tiga minggu dulu belum memberi kepastian kepada doktor untuk menentukan jantinanya.Sebelum sampai ke hospital,saya ada berkata-kata dengan bayi dalam perut sambil mengusap-ngusap perut, “hari ini tunjukkan diri sama ada lelaki atau perempuan”.Jika dah tahu jantinanya, taklah susah nak beli kelengkapan bayi.Tambahan pula kelengkapan bayi yang sudah ada kebanyakannya sudah lusuh.Jika perempuan, senang saja kerja saya.Beli saja yang baharu.
Hari ini juga saya akan minum air gula untuk mengetahui sama ada mempunyai masalah kencing manis atau tidak.Saya sebenarnya sudah lupa prosedurnya.Ada juga bertanya kepada kawan tetapi tersalah oranglah pula.Dia pun tak tahu sebab tak pernah melaluinya.Macam biasa,jalan memang sesak.Kali ini ikut lebuh raya tetapi jalan sesak juga.Jam 8.20 pagi baru sampai di PPUM.Bila dah mendaftar,barulah tahu bahawa saya kena puasa malam tadi.Ooo macam tu ker?Dalam hati berkata.Macamlah tak pernah mengandunglah pula tapi itulah,bila dah semakin meningkat umur ni,memang pelupa.
Selepas menimbang berat, berat saya turun hampir satu kilo gara-gara tidak selera makan dua hari yang lalu disebabkan angin dalam badan.Jururawat memberitahu saya boleh menjalani minum air gula bila jam10 pagi memandangkan saya belum bersarapan dan makan pun pada jam 4 pagi tadi.Sementara itu,saya perlu menjalani imbasan dulu.Semasa imbasan dibuat,keadaan bayi yang terkangkang membolehkan doktor nampak dengan jelas jantinanya.Lelaki lagi.Nampaknya terpaksalah reda.Walau apa-apapun jantinanya, yang penting kami selamat kerana sehingga hari ini uri saya masih di bawah.Kepala bayi juga berada di bawah.Bila dah uri masih di bawah, di rumah saya hanya nak berehat saja.Malas sangat nak membuat kerja rumah.Walaupun berat badan agak susut,bayi tetap membesar dengan baik.Kali ini dia sudah mencecah 1 kilogram.Jam 10.30 pagi saya sudah siap berurusan kerana hari Khamis memang tidak ramai orang seperti hari Selasa kebiasaannya.





