Hari ini hari Sabtu yang perlu bekerja.Harap-harap ini merupakan hari Sabtu yang terakhir untuk tahun ini saya akan bersekolah.Majlis yang penting juga diadakan pada hari ini iaitu Majlis Graduasi.Majlis ini julung-julung kali diadakan.Macam mana perjalanan majlisnya, masih tiada dalam gambaran kepala kerana kami tidak ditaklimatkan atur acara majlisnya.Begitulah kebiasaannya setiap majlis yang diadakan di sini.Pelik tapi benar dan kebiasaannya akan berjalan dengan lancar kerana masing-masing tahu tugas masing-masing.
Pada hari ini saya ditugaskan untuk memberi dan mengambil jubah daripada pelajar.Nasib baiklah tidak ramai pelajarnya,hanya 12 orang saja daripada 250 orang pelajar.Seawal jam 7.30 pagi guru yang ditugaskan untuk memberi jubah kepada pelajar sudah membuka kaunter di dataran Ilmu mengikut kelas masing-masing.Saya agak terlambat sampai.Jam 7.45 baru sampai.Murid-murid sudah menunggu.Nasib baiklah tak ramai,cepat saja urusan pemberian jubah dilakukan.selepas itu mereka akan beratur mengikut nombor giliran untuk ke Dewan Mestika.
Tak sampai sejam atur cara penyampaian sijil,majlis di dewan tamat jam 10 pagi dan mereka dikehendaki memulangkan jubah selewat-lewatnya jam 11 pagi.Bersambung lagilah tugas saya.