Jumaat, 29 Mac 2013

Seronok Kejar Merpati

Hari ini merupakan hari yang sangat memenatkan kerana saya hanya melelapkan mata pada jam 3 pagi setelah bertungkus lumus menyiapkan modul BM untuk minggu sebelum peperiksaan percubaan SPM.Modul ini akan digunakan sebagai bahan p&p.Memandangkan kini sudah tiga bulan persekolahan,maka beberapa contoh modul telah digunakan.Dari situ,saya telah membuat pemurnian bagi memudahkan guru menggunakannya sama ada untuk kelas depan atau tercorot.Kemudian,
sambung menyiapakn soalan BM SPM untuk peperiksaan pertengahan tahun pula.

Makanya,pada siang hari saya bertekad juga akan keluar berjalan dengan anak-anak.Akmal tidak dapat dibawa kerana saya tidak ada daya untuk mendukungnya.Akmal diletakkan di taska pada hari ini.Akmal yang sudah biasa dibawa jalan-jalan nampak gembira sahaja apabila saya bersiap-siap.Dia yang setahun lebih pun sudah faham gaya ibunya yang akan keluar rumah, inikan abang-abangnya dah besar.

Sebenarnya,saya tidaklah ke tempat yang jauh kerana lesen memandu saya hanya akan membawa ke tempat yang dekat sahaja.Tempat yang jauh belum ada keberanian untuk memandunya.Saya hanya ke Sungai Buloh sahaja untuk urusan bank.Sebenarnya saya belum berani nak memandu ke MK (nama panggilan tempat ni)kerana tempatnya selalu sibuk dan susah untuk meletakkan kenderaan.Parkirnya yang perlu dibayar juga menyebabkan saya agak keberatan nak membawa kereta ke sini.Tetapi pada hari ini,saya mesti mencuba memandu ke sini kerana di sana juga ada menyediakan parkir guna kupon di belakang bangunan tu-tak pandaipun lagi sebenarnya nak guna sistem ni.Tapi.letak macam tu saja kereta di situ.

Alhamdulillah,saya berjaya.Pertama kali pergi,saya masuk lorong yang salah menyebabkan terhimpit dalam kesesakan lalu lintas.Kali ini,saya mula belajar untuk menangani jalan yang sempit ini.Apabila sampai di tempat letak kereta,sekumpulan merpati singgah kerana baui diberi makan oleh dua orang lelaki.Seronok Ammar dan Adib mengejar merpati tersebut apabila ia mula terbang setelah dihampiri.

Alang-alang tempat letak kereta di belakang Kedai Hari-hari,saya singgah untuk membeli baju sekolah agama Ammar.Seluarnya telah koyak setelah dia terjatuh,maka tak cukuplah sepasang baju untuk seminggu.Belum sempat nak masuk, Adib sudah merengek untuk mendapatkan mainan.
Begitulah perangai Adib.Jika keluar rumah, memang dia nak beli mainan.Nak tak nak terpaksalah cari mainan dulu,jika tidak,semua benda tak boleh dilakukan kerana dia akan merajuk dan buat hal sepanjang perjalanan.

Setelah selesai urusan di bank,saya ke Kedai Hari-hari.Baju Melayu untuk pakaian sekolah agama yang bersaiz 28 berharga RM 27.90 dan baju sekolah rendah RM 14.90.Baju Melayu tu agak mahal berbanding di Karnival padahal kualitinya sama saja.Baju Bola Kampung juga dibeli.Pakaian dalam pun dari Bola Kmapung juga.Setelah sampai di rumah,sempat lagi saya mengetuk dinding di dapur menggantung barang-barang perhiasan di dapur sedangkan keadaan rumah pada masa itu sangat bersepah.Sehari tidak mengemas,macam tongkang pecah jadinya.

















Novel Mak Datin Isteri Cikgu

Agak lama saya tidak membaca blog penulis novel yang agak sebaya dengan saya ni.Dulu,membaca blognya menyebabkan hati terasa seronok apabila ada blog sendiri.Sedikit sebanyak saya berusaha untuk membina blog sendiri.Beberapa tahun kemudian,saya tidak dapat menjejakinya di alam maya walaupun saya ini hanyalah 'silent reader' di blognya.Apa sebabnya saya tak pasti.Hari ni saya cuba lagi walaupun sudah hampir lupa nama penanya.Macam tak percaya pula apabila dapat menjejakinya.Macam peminat misteri pula ni.Dah ada karya baru pula tu.



Sinopsis:
Ayra, seorang gadis yang ceria mula berubah sikap dengan kehadiran SMS daripada seseorang yang tidak dikenali. SMS yang diterimanya itu jelas menunjukkan bahawa si pengirim itu mengetahui kisah silamnya yang cuba dilenyapkan dari kotak ingatan. Dia bukan pembunuh! Itu hanyalah satu kemalangan! Dia tidak akan membiarkan lelaki itu berlumuran darah dan menanggung kesakitan jika lelaki itu tidak melayannya bak seorang tawanan. Segalanya sudah terlambat. Jalan penyelesaiannya ialah dengan melarikan diri dan cuba membina hidup baru di perantauan. Kehadiran seorang lelaki seiras wajah insan yang paling dibencinya suatu ketika dulu mengeruhkan lagi keadaan. Sudikah Ayra menerima Shahin Adiy kembali setelah segala kekusutan dileraikan? Sanggupkah dia melukakan hati Nadira, teman yang telah banyak membantunya?

Misteri pula apabila difikirkan tajuk dengan jalan ceritanya semacam tidak ada kaitan.

Khamis, 28 Mac 2013

Astaghfirullahalazim