Khamis, 28 Ogos 2014

Alas Berenda RM 2...

Bila ke Kedai 2 Ringgit,mata asyik terpandang alas berenda putih ni saja kerana kain ni diletakkan di bahagian depan dan berdekatan kaunter pembayaran.Akhirnya beli juga walaupun pada mulanya nampak macam tak cantik.Saya beli satu helai dan dipotong dua.Sangat jimat kerana dengan RM2 saja saya dapat dua helai kain tu(setelah dipotong dua)
suka cara ni untuk letak kain tu..

Selasa, 26 Ogos 2014

Rak Pantri

Dalam mencari idea ingin  mengubah wajah tempat penyimpanan bekas plastik yang digunakan untuk menyimpan bahan basah yang mudah berhabuk kerana tempatnya sangat terbuka, barulah teringat bahawasanya saya ada rak tarik sebegini yang hampir setahun tak digunakan.Apabila bahagian kabinet ini diikat dengan , memang tak dibuka langsung hingga lupa tentangnya.Tali yang kelihatan tu merupakan tali yang digunakan untuk mengikat kabinet ini.Jika tidak diikat, Akmal akan tarik dan memanjatnya ke  'table top' .Nak tunggu dia besar, memang lama lagi.In sya allah, balik dari sekolah hari ni akan diusahakan untuk ke tempat membuat penghadang dapur.Idea penghadang dapur sebelum ni cantik kurang sesuai untuk ruang sempit seperti dapur saya.
Rak ni memang mudah untuk ambil barang kerana ditarik sekali dengan pintunya tetapi agak susah nak membersihkan bahagian kiri,kanan dan hujungnya

Ada 3 tingkat, bahagian pertama bolehlah disusun stok makanan seperti rempah sup.Bahagian kedua makanan dalam tin dan bahagian bawah digunakan untuk menyimpan bekas-bekas plastik.

Nota kaki:Tak sabar ni nak fungsikan sepenuhnya 6 buah laci yang ada....

Isnin, 25 Ogos 2014

Simpan Beg-beg Sekolah

Pada mulanya simpan dalam almari ni di bahagian bawah untuk memudahkan saya menyimpannya.


Apabila ruang dalam almari sudah penuh, beg-beg tu pernah diletakkan di atas kerusi ni tapi tak bertahan lama kerana diselongkar oleh Akmal.Simpan dalam bilik pun diselongkar juga jika dia masuk.Macam mana ni nak simpan beg-beg ni dengan selamat?

Bila tangga ni berpagar, timbullah idea nak simpan beg tu di situ.Pada mulanya hanya satu saja kerusi yuyi tu diletakkan tapi tak muat.Dahlah beg sekolah kebangsaan Ammar sangat berat, makan ruang pula.Saya pun belilah satu lagi.RM 60 satu jika tak silap.Bila dah dua, bolehlah nak deko-deko sikit tapi tak terdeko lagi...