Ahad, 2 Ogos 2020

Gara-gara Buat Video

Gara-gara nak buat video, data dalam telefon penuh. Bermulalah sesi padam gambar dan video yang tidak diperlukan. Kemudian tukar tetapan data memori kad. Bila nak cari gambar untuk buku solo,gambar tak dijumpai.Gambar dalam Google Photos tak banyak.Bila tengok dalam album, gambar di Telegram ada 11k.Terkumpul di situ pula. Nantilah nak kena tengok semula macam mana. Nasib baik dah buat video ni. Kalau tak, manalah nak cari video ni.


Pelbagaikan Tema Video

Bila dah pandai buat video ni,kerjanya buat video saja hingga penuh memori dalam telefon.Sebelum ni saya dah kumpulkan adegan yang bersemut antara Adriana dengan Firas.Kali ini saya kumpulkan adegan diari Adriana sebagai penulis.Tak  mampu  nak kumpulkan semua kerana data dalam telefon akan penuh.Banyak lagi tema yang boleh dikumpulkan melalui drama tu,tapi cukuplah setakat ni.

Jumaat, 31 Julai 2020

Kau Laksana Bulan

Drama bersiri yang sangat diminati.Saja gatal tangan mencarinya di YouTube,adalah pula semua episod.Sempatlah saya edit babak romantis antara Adriana dengan Firas.Dengan bahasa badan dan tanpa adegan berpegangan tangan pun keromantisan tu dapat dihayati.