Khamis, 1 Mac 2012

Jiran Baharu

Beberapa hari yang lepas,jiran sebelah kanan rumah telah giat melakukan renovasi.Baru sekarang mereka nak berpindah ke rumah baharu setelah tiga tahun kami menikmati keseronokan mendiami rumah baharu.
Maka,bisinglah jadinya kerana kerja-kerja menggerudi dinding amat dekat di pendengaran.Pagar kawat hijau telah dibuka untuk diganti dengan tembok batu setinggi 7 kaki.Dahlah kedudukan rumah saya ni agak rendah berbanding dengan rumahnya,ada tembok lagi di sebelah ampaian,hampir jam 11 pagi baru kain-kain yang dijemur kena cahaya matahari.

Kipas Bunga


Sudah menjejak bulan Mac.Pantasnya masa berlalu.Masa berpantang sudah lama habis malah cuti bersalin hanya tinggal 29 hari.Akmal pun sudah makin besar tapi hari ni saya nak bercerita sedikit tentang lampu yang ada di rumah saya ni.Pada saya agak unik kerana ia menguncup apabila tidak digunakan.Beberapa orang ada menegur uniknya lampu ni.Seorang rakan yang datang bertandang masa hari raya lepas agak tertarik dengan kipas ni.Kini,kipas ni sudah dipasang di ruang makan di rumahnya mengikut kata seorang rakan yang lain.Anak buah dari Terengganu pula minat dengan kipasni.Jika bertandang ke sini,memang dia minta kipas tu dipasang(entah betul atau tidak istilah ni.Apalah guru bahasa ni,begitulah jika bercuti lama,penguasaan bahasapun makin luntur)

Dalam rumah,ada dua kipas(penjodoh bilangan untuk kipaspun boleh teragak-agak,salah siapa ni) dalam rumah,iaitu di ruang tamu dan ruang makan.Kedua-dua kipas ni dibeli di tempat yang berbeza.Mula-mula beli satu saja,tetapi apabila jalan-jalan di kedai lampu di Puchong,kipas tersebut lebih murah harganya berbanding di Shah Alam menyebabkan suami beli satu lagi.Suami dah tertipu rupa-rupanya.100 juga beza harganya.Dah tak ada rezeki,nak buat macam mana.

Kedai barangan elektrik yang kami kunjungi pada 2008 yang lalu.Sekarang tak pasti pula harga barangannya masih murah seperti dulu atau tidak,tapi boleh saja cuba kunjunginya untuk membandingkan harganya...

Rabu, 29 Februari 2012

Kembali ke Dapur

Salam penghujung bulan Februari yang hadir empat tahun sekali.Sudah masanya saya kembali ke dapur meneruskan rutin2 di dapur setelah agak lama berehat,iaitu hampir dua bulan.Agak lama juga suami mengambil alih kerja-kerja memasak di dapur.Itulah tolak ansur dalam perkahwinan.Terima kasih..
Tiada lagi masa untuk berinternet masa waktu puncak bagi melakukan kerja-kerja memasak tetapi saya kian rancak membuat catatan.Maklumlah sedang tak ada kerja nak dibuat walhal habuk di cermin,pinggan hiasan,almari dan kerusi menunggu masa untuk dibuang.Jadual sudah berubah kerana banyak kerja rumah yang sedang menunggu tetapi selalu ditangguh-tangguhkan.