Sabtu, 31 Mac 2012

Perbelanjaan Terkini...

Sampai di bilik guru pagi semalam,ada data emis di atas meja.Bahagian-bahagian lain tak bacapun tapi mata tertumpu ke bahagian gaji.Ada penambahan elaun tapi jumlah yang tercatat belum lagi terkini.Wang elaun tersebut bolehlah digunakan untuk membayar ansuran bulanan kereta.Gaji makin naik,perbelanjaan makin tinggi.Bayaran untuk taska,tadika dan pengangkutan anak-anak sudah mencecah hampir RM 800 bagi tiga orang anak.Belum lagi dikira susu dan pampes si kecil.Apa-apapun rasanya belum sampai tahap sengkek lagi kerana kenaikan gaji tu membawa perubahan yang besar.

Jumaat, 30 Mac 2012

Kali Pertama Memandu ke Tempat Kerja

Sebenarnya amat takut menunggu tarikh 30.3.Sebabnya,hari pertama pergi kerja dengan memandu kereta sendiri.Hari-hari asyik berdoa semoga ada keberanian dan keyakinan untuk membelah jalan sepanjang 14 km tu.Dalam pada itu,mesti ada strategi juga nak melalui jalan yang agak sibuk iaitu keluar awal pagi supaya kereta i10 tu boleh dipandu dengan aman dan selamat.Hari Khamis sudah ada sedikit keyakinan setelah sempat meronda-ronda sekitar dalam taman.Macam manalah tak kecut perut,selama ini saya hanya memandu untuk ke pasar raya saja.Tempat-tempat lain memang tak pernah sampai.Sebabnya?Kereta gen 2 yang ada memang tak sesuai dengan jiwa.Dahlah terasa kereta tu penuh satu jalan,cermin sisi pula seakan kurang membantu untuk melihat kereta di belakang.Ditambah pula dengan diri yang penakut,sampai sudah kereta gen 2 tu tak berani dipandu jauh.

Bila dah ada kereta yang kecil,tiba-tiba keberanian untuk memandu muncul.Tiba pagi Jumaat,seawal jam 5 lebih guruh sudah kedengaran.Alamak!Macam mana ni.Tiba-tiba pula keberanian yang ada sedikit dalam diri tu diuji.Makin lama, makin kuat guruh tu.Hujan akan turun tak lama lagi.Minta-minta hujan janganlah turun sekarang.Belumpun sempat solat subuh,gerimis sudah turun.Tak boleh jadi ni,saya mesti bertolak awal sebelum hujan makin lebat,jika tidak memang tak berani nak memandu sendiri dalam keadaan hujan.Maka, dengan diri yang sudah berwuduk,jam 5.55 pagi saya sudah meninggalkan rumah.Seawal itu,jalan raya sudah meriah dengan orang.Saya tidak keseorangan membelah pagi,cumanya kereta tidak banyak dan saya boleh memandu dengan aman kerana kereta di belakang tidak perlu mengekori saya sepanjang jalan.Mereka bebas memotong kereta saya yang terkedek-kedek di jalan raya.Apa tidaknya,paling lajupun hanya 50 km saja saya memandu tapi kereta di belakang faham situasi saya.

Alhamdulillah,jam 6.25 pagi saya sudah sampai di sekolah.Leganya.Dengan tak ada pelekat lambang sekolah di kereta,bimbang juga kalau-kalau pengawal keselamatan tidak benarkan saya masuk ke pekarangan sekolah.Nasib baiklah masa sampai,pintu pagar sudah ternganga luas. Saya merupakan orang kedua yang sampai di sekolah.Pejabat belum dibuka lagi kerana PK belum sampai lagi,terpaksa tunggu dalam kereta dulu.Tak lama kemudian,hujan turun dengan lebatnya.Ya Allah,nasib baiklah saya sempat sampai,jika tidak memang tersadai di jalan rayalah pagi ni.

Jam 12.30 tengah hari,masa untuk balik pula.MAsa ini memang jalan sesak.Kena tunggu sehingga jalan ok baru boleh balik.Buatlah kerja sikit,tapi memnag tak boleh bertahan lama,perut dah mula berbunyi.Nak sambung kerja,memang dah tak ada mood nak buat.Nak balik juga.Jam 1.30,saya mula bertolak,harap-harap jalan tak sibuk masa ni.Dengan kedudukan yang berbukit,susah juga nak keluar dari kawasan sekolah jika memandu kereta manual.Tak pasal-pasal akan malu dengan budak-budak sekolah yang berkeliaran di luar sekolah.Nasib baiklah kereta auto.Kali ini saya kena melalui jalan lain pula untuk balik kerana jalan yang saya lalui tadi memang sangat sibuk dan kenderaan yang melalui jalan tersebut seakan nak berlumba saja sesama sendiri.

Mencabar juga jalan balik ni.Jalannya yang berbukit menyebabkan saya terpaksa menekan banyak minyak.Jika dengan kadar biasa,seakan tak bergerak kereta dibuatnya.Apabila sampai di satu jalan yang ada masjid,memang nampak jalan agak sempit sedikit kerana kereta diletak di kanan dan kiri bahu jalan namun masih ada ruang yang selesa untuk melalui jalan tersebut.Jalan balik ini saya akan menempuh tiga lampu isyarat saja berbanding enam lampu isyarat untuk jalan pergi.Menurut rakan yang dah biasa,jalan balik(Jalan Kuang) dari sekolah ni tak sesuai digunakan untuk pergi ke sekolah bagi orang yang baru belajar memandu kereta sendiri kerana bimbang kita tidak menyedari kehadiran pakcik-pakcik yang menunggang motor untuk balik dari masjid dengan keadaan jalan yang gelap.Alhamdulillah,dengan hati-hati saya berjaya sampai di rumah.Hari Isnin, misi akan bersambung lagi.Moga-moga makin cekap pada hari tersebut dan hari-hari seterusnya supaya saya boleh singgah banyak tempat sebelum sampai ke rumah.

Selasa, 27 Mac 2012

i10 Putih Jadi Milik


Hari Jumaat lepas,kereta idaman ni sudah sampai ke rumah.Memang minta tauke kereta tu hantar kereta ni ke rumah.Kereta dah ada,keberanian masih dicari-cari untuk menggunakannya ke sekolah.Disebabkan kereta savvy banyak masalah,maka cinta terpaksa beralih arah.Dalam pada itu saya akan melilau memerhatikan kereta kecil yang ada di depan mata.Pertama kali saya memandang kereta ini,cantik juga.Suami pun suka,maka tiada masalah untuk membelinya.Entah apa sebabnya,Viva dan Myvi bukan pilihan suami.Saya pun bosan asyik melihat kereta-kereta tersebut di jalan raya.Tanpa memandu uji terlebih dahulu,tak rugi memiliki i10 ni kerana saya selesa memandunya.Tempat duduknya yang tinggi memberi keistimewaan kepada kereta ini.Tanpa duit 'book' dan bayaran muka,tak sangka juga kereta ini boleh dimiliki.Bayaran RM310 untuk nombor 4177 pun hanya perlu dibayar RM 110 saja kerana semuanya telah ditolak dengan pinjaman bank.Saya hanya mengeluarkan RM110 saja untuk memiliki kereta ini.Kepada sesiapa yang hendak membeli kereta baharu,mudah saja prosedurnya:
1.Hantar salinan slip gaji tiga bulan,ic, dan lesen kepada wakil jualan kereta
2.Tunggu panggilan telefon daripada pihak bank.Sekurang-kurangnya dua minggu
3.Tandatangan surat bank dan nombor kereta sudah boleh didaftarkan.Saya ambil masa satu minggu untuk tunggu kereta selepas didaftarkan dan dua minggu menunggu nombor kereta yang diingini.Keseluruhannya satu bulan lebih juga