Selasa, 29 Januari 2013

Maafkan Cikgu

Hari yang tidak boleh dilupakan hari ni.Kelas pertama hari ni ialah kelas 3F.Macam biasalah,sebelum masuk ke kelas,perut mesti diisi dahulu.Apabila masuk ke kelas,bersemangat nak habiskan bab 2 sejarah.Baru saja masuk Malayan Union,saya dapati seorang pelajar yang agak baik sedang membuat kerja lain.Menyirapkan darah.Sebelum ini saya sudah beri amaran bahawa saya akan koyakkan buku jika mereka membuat kerja lain masa saya.Entah apalah malangnya budak lelaki seorang ni,apabila saya tegur dia membuat kerja lain,dia dengan selambanya masih meneruskan kerja tersebut.Dahlah duduk di bahagian yang agak depan,buat kerja lain pula tu.Hati cikgu sejarah ni tak tercalarkah?Saya menghampiri mejanya lalu mengambil buku tersebut dan mengoyakkannya. Pelajar lain terdiam.Saya juga terkedu kerana entah buku siapa yang saya koyakkan tadi.Yang pasti bukan buku sejarah kerana sejarah tiada buku latihan bertulis.Yang digunakan ialah modul yang telah dibukukan.Pelajar tadi terdiam.Dia tidak memprotes.Maka,saya dengan selambanya meneruskan pengajaran hingga loceng berbunyi.

Masa kedua untuk sejarah bersambung selepas rehat.Sebelum masa tamat,saya menghampiri pelajar tadi dan menasihatinya tapi masih dalam ego yang tidak rasa bersalah padahal dalam hati,kasihannya budak tu.Apa nak buat,nasi sudah menjadi bubur.

Isnin, 28 Januari 2013

Bersih Cermin


Jumaat, 25 Januari 2013

Menulis Bukan Kerana Nama

Hujung minggu ni dapat bercuti tiga hari,leganya.Terasa panjang sedikit masa yang ada untuk menyelesaikan kerja-kerja rumah dan kerja sekolah.Dua beg buku latihan dibawa balik.Harap dapat menandanya dalam masa tiga hari ni.Buku kedatangan juga diseludup balik dengan selambanya kerana nak menyiapkan maklumat murid pada bahagian belakang.Sistem APDM belum lagi selesai.Begitu juga dengan SMM.Banyaknya kerja nak dibuat.Walaupun begitu,terapi mata dan otak hanya di blog ini.

Seronok pula saya singgah di rumah alam maya ni membaca catatan-catatan lama setelah beberapa hari tidak menjengah.Seronok juga kerana ada pengunjung yang sudi singgah di blog ini untuk mencari maklumat.Catatan tentang pengalaman mengandung dan ubahsuai dapur antara catatan yang banyak disinggah.Moga catatan itu dapat memberi maklumat kepada pembaca.Saya menulis bukan kerana nama dan bukan juga untuk duit tetapi untuk tatapan diri sendiri dan menyampaikan maklumat(jika sampai) kepada pembaca.


@@ Ralat sangat apabila gambar simpanan dalam pendrive telah dimakan virus.Nasib baiklah ada buat muat turun dalam blog,kalau tak sampai bila-bila pun akan ralat saja...