Saya tertonton drama bersiri Isteri Sepenuh Masa di YouTube. Terperasan ada pusat pengajian yang seakan-akan di USM dalam drama tersebut. Mata mulanya nak meneropong lebih lanjut. Dah lekalah pula dengan drama tu.
Ya Allah, rindunya bila mengenangkan zaman belajar dulu. Orang kata, pengalaman di bangku sekolah sangat seronok tetapi pengalaman di u lebih seronok. Saya yang tidak mempunyai kawan lelaki semasa d u pun terasa seronoknya.Rindu akan kenangan semasa melalui pokok-pokok di depan DTSP untuk ke Desasiswa Permai.Rindu juga melalui jalan di Tasik Harapan dari kedai Sungai Dua untuk ke Desasiswa Aman Damai.
Melepak di perpustakaan dan terasa terkejar dengan penjaga perpustakaan di red spot pun ada dalam kenangan juga. Bila masuk red spot, buku dah tak boleh nak belek-belek. Dah jumpa, terus ambil dan berlalu dari situ.Saya ni nak membelek-belek juga dulu. Itu yang selalu kena jeling dengan pustakawan yang bertugas.
Selepas kelas B1, lepak sekejap di VC Rock sebelum balik.Maklumlah tempat tu di atas bukit. Jika saja-saja nak datang dan lepak di situ,memang tidaklah.Masa itu tiada lagi bangunan berkembar depan VC Rock tu,maka nampaklah Jambatan Pulau Pinang dengan jelasnya.
Dua tahun lepas, sempatlah ke sana.Masa tu baru saja semester dua bermula.Pergi pada hujung minggu,memag tak ramai pelajar tambahan masa tu baru saja pendaftaran untuk semester dua.


