Rumah teres dua tingkat yang mempunyai dua bilik ini saya sewa di Seksyen 19,Shah Alam.Mengambil kira bentuk rumah yang sama,makanya saya membuat salinan melalui internet kerana saya tidak mempunyai gambar.Pada mulanya terasa rumah ini agak besar(14' x 60') berbanding rumah flat yang dihuni sebelum ini.Apabila agak lama,(tak sampai dua tahun pun) saya mulalah terasa sudah masanya kami memiliki rumah sendiri kerana sewa rumah ini agak mahal.RM 600 tetapi hanya ada dua bilik dan satu bilik air.Jika ada saudara nak datang bermalam,memang kurang selesa.Istimewanya,rumah ini terletak depan SMK Seksyen 19.Saya hanya berjalan kaki ke sekolah tetapi jika hujan.bermasalah juga. Nasib baiklah rumah yang disewa ini telah diubahsuai oleh pemiliknya dengan menambah bahagian dapur.Dapatlah tiga ruang di bahagian bawah iaitu ruang tamu,makan dan dapur.Bahagian depan rumah,ada juga ruang untuk anak-anak bermain.
Apabila meninjau harga rumah pada awal 2007,rata-rata rumah sudah mahal berbanding di Puncak Alam dan Saujana Utama.Ada orang tidak kisah jika rumah mahal asalkan kemudahan kawasan tersebut lengkap dan dekat dengan tempat kerja.Tetapi sudah rezeki di sini, tak perlu kata apa-apa kerana Saujana Utama sekarang sudah menbangun.Semuanya ada di sini melainkan sekolah.Hanya sebuah sekolah menengah sahaja yang ada di sini sedangkan penduduknya makin tahun makin bertambah.
Pengalaman yang masih diingat hingga kini semasa tinggal di rumah ni:dah jam 11 malam,tiba-tiba saya terkejut kerana tersentak dengan jerkahan jiran sebelah yang memarahi anaknya.Bahayanya tinggal di rumah yang kecil sebegini.
p/s:Kekadang perlu muhasabah diri supaya aktiviti dalam rumah tidak melibatkan jiran sebelah.nak marah pun mesti berpada-pada tetapi selalu terbabas.Selalu mendengar suara jiran yang tingga di belakang rumah apabila berada di dapur tetapi tak kenalpun dia...harap2 dia pun tak kenal saya yang selalu bising dengan anak-anak...



