Sabtu, 30 Ogos 2014

Mudahnya Terbitkan Buku

Contoh-contoh gambar yang tidak sepatutnya untuk tatapan anak-anak yang sedang membesar.Jika dah remaja, pandailah mereka menilai yang baik dan buruk.Banyak lagi benda baik yang boleh dijadikan contoh ,itu juga terfikirkannya dan menerbitkannya tanpa memikirkan kesannya.Nampak mudah sangat untuk menerbitkan sebuah buku.Sebagai ibu bapa, kita mesti pandai menilai.







Nota kaki:jika blog ini dijadikan buku, adakah orang nak membacanya?

Jumaat, 29 Ogos 2014

Pesta Buku Selangor 2014


Bagi yang gemar beli buku,masa inilah nak penuhkan rak buku di rumah.Rak novel tak penuh lagi tapi banyak dah buku-buku yang dibeli belum dibaca.Menambah koleksi satu kemestian.

Nota kaki:Dah lama tak menulis cerpen disebabkan suka sangat deko-deko sekarang ni...

Pakaian Ambang Merdeka

Sempena Ambang Merdeka, guru-guru digalakkan memakai pakaian bertemakan warna bendera Malaysia.Bila ditilik-tilik baju dan tudung ni saja yang bersesuaian.Baju-baju lain memang warna-warni.Nampaknya tak semua guru memakai pakaian yang mengikut tema hari ni.Saya ditegur oleh KP Sejarah:"kalau ada hadiah, nampaknya boleh menang ni, semua warna ada".Kembang semangkuk jadinya.Bagi yang nak bertema,memang pelik sikit kerana tudung dan baju memang tak bersesuaian.


Pulut kuning ambang Merdeka.

Nota kaki:Sambutan Ambang Merdeka tidak disambut pada 30 haribulan kerana tak nak menyusahkan diri hadir ke sekolah pada hari Sabtu.Sudah 3 kali sabtu berturut-turut dalam bulan ni saya bekerja...