Ahad, 6 September 2015

Memerdekakan Diri ke Kaison Setia City Mall

Penangan PT3,sebulan di awang-awangan menyiapkan penandaan sejarah sebelum tarikh berakhirnya menjengah.Dalam kesibukan itu juga PT3 lisan mendengar dan bertutur juga bermula.Tambah lagi kerja.Sebulan tak sempat nak kemas kini blog.Sangat mencabar jadual bulan Ogos.Pada hari kemerdekaan lalu,barulah selesai penandaan sejarah PT3.Leganya.
Selepas itu,barulah berkesempatan ke Setia City Mall.Tempat yang nak sangat dituju ialah Kaison.Mencari-cari juga kedai ni.Nasib baiklah bawa Ammar,dia yang mencari lokasi Kaison melalui peta yang ada dalam bangunan SCM tu.Dah lupa tingkat yang keberapa tapi tingkat dua yang terakhir,berdekatan pawagam.
Sangat teruja melihat kertas dinding berpelekat.Serupa corak yang ditampal di ruang makan,tapi coraknya kelihatan agak bertindan,kurang cantik sikit.Memang tak beli apa-apa pun,sekadar cuci mata sahaja walaupun agak berkenan dengan basikal hiasan.Yang dibeli di Mr Diy tempoh hari masih di dalam plastik lagi.Basikal hiasan yang ada di Kaison ni lebih besar saiznya berbanding yang dijual di Mr Diy tu comel je.Melihat bunga pun geram semacam jadinya tapi tak juga membelinya.




















Khamis, 6 Ogos 2015

Inovasi Tudung:Pakai Tudung Dua Lapis Untuk Manfaatkan Tudung Lama/Kecil

tudung yang separuh bulat telah dipotong tiga segi supaya senang nak memakainya

Tiba-tiba muncul lagi tudung ni.Tak ada tudung lain untuk tunjukkan gambar yang sesuai dengan tajuk.Masa raya tempoh hari,nampak adik dengan gaya tudung dua lapisnya,berfesyen dan nak memanfaatkan tudung lama.
Untuk memanfaatkan tudung lama,tudung lama yang ada 'awning' ataupun tak ada digunakan pada bahagian dalam dan lapisan di luar disarungkan tudung yang agak jarang sikit.Dengan cara ni,kita juga boleh memanfaatkan tudung yang agak kecil tapi masih sayang nak buang.
Cara ini juga boleh dimanfaatkan untuk tudung yang separuh bulat seperti tudung kuning yang dipakai ni.Tudung separuh bulat yang dibeli di Vietnam ni berlabuci di bahagian atas kepala,harganya hanya RM 10.Disebabkan badan tak berapa besar,maka banyaklah pula kena angkat bahagian bahunya supaya tak terlalu labuh.Apabila begitu,susahlah pula nak pusing kepala kerana agak tersekat.Apabila nampak adik berfesyen begitu,ada idea pula untuk guntingkannya menjadi tiga segi.Bahagian tepinya dijahit kelim halus.Sekarang,dah tak rimas untuk pakai tudung ni.


Rabu, 5 Ogos 2015

Raya di Sekolah

Sambutan hari raya pada Jumaat lepas.Kemudian,makan hingga kenyang..








Biarlah gambar berbicara...