Khamis, 7 Jun 2012

Lata Iskandar,Tapah

Semasa dalam perjalanan ke Cameron Highland,tiba-tiba kelihatan deretan kereta diletakkan di tepi jalan.Dahlah jalan sempit,ditambah pula dengan kereta yang diletakkan di tepinya,perjalanan makin perlahan.Hairan juga dengan keadaan tersebut.Tidak lama kemudian,kelihatan deretan gerai di tepi jalan.Hairan lagi saya.Mengapa ada gerai di tepi jalan ni?seronok juga mencuci mata tapi hanya dalam kereta saja.Geram juga nak singgah di situ tapi bilalah pula nak sampai ke Cameron jika berhenti di situ.Kemudian,barulah saya nampak air terjun di sebelah kiri jalan.Jelas kelihatan pula tu dari dalam kereta.Oh,inilah Lata Iskandar yang saya nampak di papan tanda semasa melepasi tol nak ke Tapah tadi.Memang tak sempat nak ambil gambar,jadi terima kasih tuan punya gambar yang diambil daripada google.







Berdasarkan maklumat yang dipetik daripada http://www.mdtapah.gov.my/web/guest/lata_iskandar:
Lata Iskandar merupakan salah sebuah kawasan rekreasi air terjun yang menarik dengan alam semulajadinya yang mengagumkan dan mudah untuk dikunjungi. Terletak di pertengahan jalan di antara Tapah dan Cameron Highlands, air terjun ini mempunyai kolam-kolam takungan di setiap hujung barisnya, menyediakan satu tempat mandi yang sesuai untuk seisi keluarga.Pengunjung boleh mengambil peluang untuk bermandi-manda di dalam airnya yang sejuk dan segar, yang terbit dari kawasan pergunungan. Bagi pencinta alam pula, sedikit masa yang diluang melalui denai-denai hutan yang telah disediakan akan membawa anda kepada keseronokan dan kekayaan flora dan fauna di sekeliling air terjun tersebut.Di bahagian bawah air terjun ini, terdapat bazar-bazar kraftangan yang menawarkan pelbagai hasil kraftangan yang boleh dibeli mengikut citarasa masing-masing. Hasil-hasil kraftangan di sini bermutu tinggi terutamanya hasil-hasil kraftangan oleh Orang Asli. Deretan gerai-gerai yang menyediakan minuman dan makanan ringan juga telah didirikan berhampiran kawasan air terjun untuk keselesaan orang ramai yang singgah untuk menikmati keindahan Lata Iskandar.











Selasa, 5 Jun 2012

Comel Beranak Lagi...

Kononnya hari ini nak ke sekolah memandangkan folio sejarah belum ditanda lagi tapi terasa masih kepenatan.Tak jadi lagi.Duduklah di rumah sambil menikmati buah strawberi yang dibeli di Cameron Highlands.Tengah harinya,Comel ibu kucing telah beranak di atas katil Ammar.Menyirap juga rasanya.Sempat pula dia mengubah tempat apabila tuannya mula bising.Anak yang kedua dan ketiga dilahirkan di depan rumah.Anak pertamanya,Comey sebaya Akmal, 5 bulan dah.
setelah beberapa jam kemudian...

tak sempat nak lihat proses bersalin,tiba2 dah keluar seekor lagi dalam selaput...

Ahad, 3 Jun 2012

Pasar Pagi di Saujana Utama

Memandangkan memang tak berkesempatan nak ke pasar pagi di stadium Shah Alam,saya cubalah mencari maklumat tentang keadaan sekitar pasara pagi tu di internet.Kecewanya,tak banyak gambar yang dijumpai untuk menceritakannya.
Jadi,pagi semalam sempat jalan-jalan ke pasar pagi di kawasan perumahan ni. Pasar ni taklah besar sangat tapi berpeluh juga jika nak pusing semuanya.Pasar pagi di tempat lain pada setiap pagi Sabtu dan pasar malam setiap petang Rabu di tempat lain.Pasar malam rasanya lebih banyak pilihan.

Bagi gerai barang-barang dapur dan makanan,tempatnya satu lorong saja.Gerai barang-barang lain seperti pakaian,mainan dan sebagainya satu tempat.Senanglah nak cari barang jika begitu. Nak beli apa, tak terfikir pula sebab barabg-barang dapur,suami yang beli tapi bercadang nak beli makanan untuk sarapan di samping nak membuat catatan tentang keadaan sekitar pasar tu.Kalau boleh, nak ambil gambar sebanyak mungkin .Bila sampai saja ke gerai yang disukai,baru saja nak keluarkan telefon bimbit,pemilik gerai datang bertanya,"nak apa?"Terkedu juga dibuatnya.Langsung tak jadi ambil gambar jubah yang cantik tu.Rupa-rupanya susah juga ye nak ambil gambat dari dekat.Maka selepas itu saya cuba ambil gambar dari jauh sikit supaya orang tak perasan.




cadar angry birds ni juga yang mula-mula dibeli

bandle..dulu dah beli satu,warna putih,kononnya senang nak dicuci tapi bila dah jenis tak suka pakai apron bila masak,apron tu disimpan saja...

tulisan tu diambil daripada buku warna yang dibeli


buku warna ini yang dibeli kerana ada pelekat tulisan di dalamnya

masa ni tak ada tuan punya,dapatlah juga ambil gambar ni