Sabtu, 19 November 2011

Selamat Bercuti

HAri ini dah mula cuti sekolah akhir tahun.Seronoknya kerana cuti kali ini tidak perlu mengawas SPM.Bagi mereka yang tidak bergelar guru,jangan cemburu kerana kami para guru sebenarnya tidaklah bercuti sepenuhnya kerna masa kerja kami memang anjal dan tiada kesudahan.Waktu cuti persekolahan pun masih bekerja lagi.Minggu depan masih perlu ke sekolah kerana ada tugasan yang perlu dilakukan iaitu pengagihan duit RM 100.Guru kelas yang perlu agihkannya.Minggu-minggu akan datang pun perlu ke sekolah lagi untuk mengemas buku SPBT tapi saya harap dikekecualikan daripada kerja ini memandang sedang sarat sekarang.Ataupun pergi juga ke sekolah untuk menguruskan stok dan fail SPBT.BAgi yang berjawatan atau berperanan penting,mereka tetap bertugas di sekolah menyelia peperiksaan SPM dan menyiapkan takwim untuk tahun depan dan jadual guru pada tahun depan.BAgi guru yang bilis seperti saya,masa inilah digunakan untuk menyiapkan latihan bagi pelajar untuk subjek-subjek tertentu.Sepanjang cuti ini,kebanyakan guru bukanlah bercuti sepenuhnya.Masa di rumah untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut tidak nampak di mata orang lain.Orang lain hanya nampak guru banyak cuti sedangkan tekanan sepanjang berada di sekolah selama 6 jam itu tiada siapa yang tahu.Cuti kali ini memang saya bercadang untuk cuti dengan sebaiknya kerana saya dalam proses untuk bercuti lagi selama tiga bulan.Dalam masa itu,insya Allah,beberapa perkara ini akan cuba dilakukan walaupun dalam berpantang nanti:
1.Mula-mula sekali pastilah nak persiapkan kelengkapan bayi.Hingga sekarang,apa-apa pun belum dibuat lagi
2.Mengemas rumah.Rutin harian yang kadangkala diketepikan bagi beberapa sudut rumah.Kali ini nak memberi semangat baru bagi ruang keluarga di tingkat atas setelah rak novel telah dibelikan.
3.Kemaskan bilik Ammar.Ini bergantung kepada bapanya.Jika bapanya nak mengecat warna hijau seperti yang dikehendaki,barulah boleh masukkan perabot di dalamnya.
4.Kumpul manuskrip lama.Taipkan dan murnikan supaya cerpen tersebut lebih panjang. Sebelum ini hanya tulis tangan.
5.Kumpul keratan majalah/akhbar yang berkisar tentang dekorasi rumah,agama, penulisan adan resipi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan