Rabu, 30 November 2011

Peminat Deko Ala Inggeriskah?

...Bukan rumah saya...



Tiada kerja musim cuti ni memberi kesempatan untuk berblog.Kali ni tiba-tiba nak paparkan beberapa keping gambar tentang dekorasi Inggeris.Peminat dekorasi Inggeriskah saya ni?Sukar juga untuk memberikan jawapannya sebab dekorasi Inggeris memberi kepuasan mata apabila menatapnya.Nak tak nak,untuk terapi mata tataplah dekorasi Inggeris kerana warna-warna bunga dan kepelbagaian dekorasi yang lain dapat menenangkan fikiran dan mata.Memang saya suka menjamu mata dengan dekorasi Inggeris tetapi untuk mengaplikasikannya di rumah sendiri,mungkin tidak.

Hiasan yang terhasil di rumah sekarang pun mungkin secara tidak sengaja kerana kerap melihat dan terdedah dengan dekorasi ala Inggeris.Buka sahaja google untuk melihat seni dekorasi,dekorasi Inggeris yang banyak terpampang.Buka majalah pun cerita yang sama.Mana tak terpengaruh.Saya sebenarnya gemarkan hiasan yang berwarna-warni supaya mata tak bosan menatapnya.Untuk meletakkan diri sebagai penggemar gaya apa,sukar juga sebab saya gemar kepada perabot kayu,tembikar,pinggan-pinggan hiasan,ukiran-ukiran kayu dan semua barang hiasan yang berwarna-warni.Apa-apapun,dalam menghias rumah,saya lebih suka mencampurkan eleman-elemen yang saya minat untuk membentuk ruang saya suka.Tak ada tema pun saya tak kisah.

Dalam erti kata lain,mungkin saya juga seorang daripada peminat dekorasi ala Inggeris tetapi bukan yang jenis fanatik.Minat sekadar untuk mencari kepuasan mata dan bukannya kepuasan diri.Cuma satu yang saya tidak suka dengan deko ala Inggeris ni,dekorasi yang dibuat selalunya cacamerba.Sakit juga mata memandangnya.Susunan barang-barang hiasan kebanyakannya berterabur dan tidak teratur tetapi gambar ini nampaknya susunan barang-barang hiasan agak teratur walaupun agak padat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan