Selasa, 26 Januari 2016

Ke Anggerik Mall Pula

Tak puas hati dengan pinggan Clayton yang dicari di Nilai,saya mencari maklumat lagi dalam pak Google.Jumpalah maklumat tentang Pasar Karat di Anggerik Mall pada hari Ahad.Memang tak pernah sampai pun di sana,memang kena pergi jengok AM tu.Minta izin dengan suami untuk pergi.Kalau ajak suami,memang takkan naklah dia ke sana.Lagipun saya ada banyak tempat nak singgah kerana urusan menghias kelas belum selesai lagi.Dalam pada masa yang sama,nak cari tudung.
Disebabkan tak tahu tempat yang sesuai nak parkir kereta,saya lebih suka parkir di SACC Mall kerana senang nak keluar untuk balik,tak perlu nak pusing-pusing lagi.Rupa-rupanya memang mudah parkir kereta di situ jika nak ke Plaza Alam Sentral, PKNS,SACC Mall mahupun Anggerik Mall.Nak ke Anggerik Mall hanya mengambil masa 5 minit saja berjalan dari SACC Mall.
Bila ke Pasar Karat tu memang tak ada pinggan Clayton kerana jenama Clayton tu masih baharu sedangkan barang-barang yang ada di situ semuanya yang dah lama.Walaupun begitu,dapat juga masuk ke Kedai Loken Ipoh dan mendapat maklumat daripada tuannya untuk bertanyakan perihal pinggan Clayton tu kepada Koleksi Abah.Alhamdulillah sangat dapat maklumat ni.Jika tak dapat ke Air Hitam,bolehlah saya harapkan Koleksi Abah ni.Jika boleh pergi sendiri lagi puas hati kerana boleh pilih sendiri.
Ini sajalah koleksi pinggan yang sempat saya rakamkan.

sebenarnya saya mencari pinggan Clayton yang lebih kurang macam nilah...warna lain banyak tapi hijau tak ada stok..tak jumpa yang seperti ni,apa jua pinggan hijau saya beli saja..dah jadi banyak pula..













dah memang penggemar hijau,baju pun hijau


Jumpa peta dunia ni di PKNS.dah lama cari untuk ditampal di kelas.


bunga ni dibeli di Super 99,PKNS.sejambak RM 5.99.rasa macam mahal pula, tapi hijau.bila dicantumkan 4 jambak,tak perlu gubah dah


2 jambak setiap pasu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan