Sabtu, 9 Januari 2016

Memburu Pinggan Hiasan Hijau

Gambar hiasan fb deko..
Makin bersemangat nak kumpul pinggan hiasan hijau sebab rak seperti ni dah ada di ruang makan.Kebetulan pula,tapi sekarang popular yang warna biru..

Salam tahun baru 2016.
Hujung tahun tempoh hari kemaruk alas kaki hijau.Akhirnya puas hati apabila jumpa lagi alas hijau tu di Tesco Setia Alam di kedai karpet milik orang Pakistan.
Sekarang,teringin pula nak kumpul pinggan seperti gambar yang dipinjam dalam fb ni tapi warna hijau.Puas google pinggan hijau tapi tak juga jumpa.Sebelum ni pernah nampak dalam fb Clayton di Nilai 3.Sekarang dah habis stok untuk pinggan hijau.Di sini boleh beli secara atas talian.Sekurang-kurang boleh juga beli walaupun tak berpeluang nak ke sana tapi stok dah atak ada.Alahai...
Satu lagi tempat yang boleh disinggah ialah Clayton Air Hitam.Tempat ni tak jual secara atas talian.Memang kena pergi sendiri tapi bilalah pula nak ke sana.Pinggan yang dijual di sini pun sangat murah.Kole pun dijual RM2.Mana nak cari tu.

Nota kaki:Tak dapat terapi lagi untuk tahun ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan