Kata-kata di atas memberi makna yang mendalam.Kesibukan tidak menjadi alasan untuk abaikan anak-anak.Dalam sibuk berblog,siapkan modul yang masih belum juga siap kerana banyak proses nak dibuat,tidak semena-mena boleh abaikan uperhatian terhadap perkembangan anak-anak.
Seronok melihat perkembangan Akmal.11 bulan dah boleh berjalan (rasanya agak cepatlah ni),
pandai baring sendiri hingga dia akan berguling di mana-mana saja yang dia suka.Sudah pandai tepuk tangan.Bercakap juga sudah boleh.Ayah perkataan pertama yang dia pandai sebut.Nampak makanan,sebut nak.Boleh dikatakan semua perkara dia dah pandai.Alhamdulillah...
![]() |
| sedang belajar untuk duduk di kerusi supaya senang nak tiup lilin hari lahir nanti |









