Apabila kerap melihat hiasan daripada kain berenda di fb,mata pula mula terpikat.Geram saja lihat gambar deko kain berenda di rumah hijau yang diambil daripada fb ni.Macam tak sabar saja nak terjah ke Nagoya,Kamdar atau Daiso untuk mencari kain renda sebagai langsir dan alas pinggan dalam almari.Kain yang ada di Kedai 2 Ringgit tak menarik.Kalaulah warna hijau,lagilah cantik.Warna putih ni tak berapa nak suka sangat tapi kalau dah warna itu saja yang ada,terpaksalah.Jom kita jamu mata dengan hiasan kain berenda ni.Semua diambil daripada google...
Blog ini sekadar untuk merakam detik-detik dalam kehidupan seharian kerana rumah duniaku,keluarga kebahagiaanku,minat kepuasanku dan kerjaya inspirasiku.
Ahad, 10 Ogos 2014
Sabtu, 9 Ogos 2014
Raya di Kejiranan Pula...
Dalam kesibukan menghabiskan penandaan kertas PT3 Sejarah kerana saya akan menyambung PT3 BM pula pada minggu depan,berblog masih menjadi satu kemestian.Begitu juga dengan kunjungan untuk sambutan hari raya.
Nampaknya sambutan hari raya di kejiranan sudah bermula.Maklumat cepat diterima kerana masing-masing sudah mempunyai kumpulan 'whatassp' berbanding tahun-tahun lepas yang hanya beberapa orang saja yang yang ada perkhidmatan itu.
Walaupun saya sudah gigih mengemas dan menghias rumah,nampaknya tak ada jalan untuk adakan sambutan hari raya buat jiran-jiran kerana banyak kekangannya.
Nota kaki:seronoknya jika saya sebagai tuan rumah tak sibuk-sibuk di dapur semasa kunjungan tetamu.tetapi,itu sukar berlaku kerana saya tiada pembantu.sangat bersalah jika asyik sibuk di dapur hinggakan tiada ruang untuk melayan tetamu..
Ahad, 3 Ogos 2014
PT3 Sejarah
Sebut saja PT3,guru-guru dah tahu.Pelajar yang dipanggil disebabkan urusan kes disiplin pun dapat pelepasan kerana PT3.Hebat betul penangan PT3 ni kerana semua guru memberi laluan untuk menyelesaikannya mengikut waktu yang ditetapkan.
Ibarat Hari Ini Dalam Sejarah saya rasakan pada hari Jumaat yang lepas,makanya saya nak bercerita pengalaman PT3 Sejarah ni.Disebabkan Sejarah tiada peperiksaan bertulis,makanya pelajar-pelajar tingkatan 3 ini diuji dengan menyiapkan satu rencana tentang Perpaduan Kaum.Secara ringkasnya,mereka perlu menulis satu karangan dalam lingkungan 300 patah perkataan.Kalau pelajar tingkatan 4,untuk menyiapkan karangan tu mereka hanya perlukan satu jam lebih saja masanya.
Dalam 6 waktu pdp,secara kasarnya memang boleh siappun tapi tahu-tahu sajalah pelajar tingkatan 3 ni.Mereka sudah dua tahun menjalani PBS,maka otak mereka sudah direkod untuk malas belajar dan berfikir.Apabila ditanya tentang karangan,mereka tidak nampak rupa karangan.Mereka juga tiada dorongan untuk mencari bahan di internet yang berlambak-lambak.Majoritinya begitu,yang rajin mencari bahan tetap ada tapi bilangannya sangat menyedihkan sedangkan guru dilarang menyediakan jawapan untuk pelajar.Tidakkah tertekan begitu?Nak memulakan ayat untuk pendahuluan pun masih ternganga-nganga,inikan pula nak menghasilkan satu karangan yang berformat rencana.
Memang agak banyak yang kena buat tapi mereka tidak juga buat kerja dengan cepat.Semua permasalahan yang timbul mesti diselesaikan sendiri oleh cikgu.Cikgu tidak boleh 100 peratus lepas tangan kepada pelajar kerana masih ada yang buat tak kisah.
Jumaat lepas merupakan hari terakhir pelajar mesti menyiapkan kajian kes mereka.Maka,nak tak nak saya terpaksa memaksa pelajar menyiapkannya.Kelas bermula dari jam hampir 9 pagi hinggalah berlanjutan ke pukul 2.15 petang.
Nota kaki:PT3 memerlukan komitmen daripada semua pihak.Ibu bapa juga memainkan peranan untuk memastikan anak-anak membuat tugasan.
Langgan:
Catatan (Atom)




