Selasa, 10 Mei 2011

Pinggan Hiasan

Ada teguran daripada jiran-jiran,'banyaknya pinggan hiasan".Nak buat macam mana, hati dah berkenan nak buat koleksi pinggan hiasan.Rasanya ada dalam 30 semuanya.


Isnin, 2 Mei 2011

Cuti Hari Pekerja:Masa Terisi

Lama sungguh saya tidak bertandang ke rumah alam maya ini. Kesibukan pada bulan April memang terasa.Pertandingan pantun, latihan rumah sukan, persatuan, menggubal soalan peperiksaan, menghantar buku semakan dan masalah disiplin pelajar merupakan rutin baharu pada bulan April.Tiga hari bercuti sempena Hari Pekerja memberi ruang kepada saya untuk menyiapkan banyak kerja sekolah.Jika orang lain tidak mahu membawa balik kerja ke rumah kerana ingin menikmati cuti sepenuhnya, namun bagi saya,membawa balik kerja sekolah ke rumah sudah menjadi rutin pada hujung minggu apatah lagi jika musim sibuk seperti ini.Cuti tiga hari dinikmati bersama kerja sekolah dan kerja rumah yang perlu disiapkan.Dalam melaksanakan rutin harian seperti membasuh,memasak,mengemop lantai, dan mengelap habuk-habuk, sempat lagi saya mengetuk dinding rumah.Apa lagi,menghis rumahlah pula.Itulah satu-satunya terapi yang boleh menghilangkam stress kini.Tidak perlu pergi keluar rumah untuk mengambil angin atau mencuci mata, aktiviti dalam rumahpun boleh juga menghilangkan stress.

Tiba-tiba sahaja pagi Isnin ni idea datang untuk memanfaatkan pinggan hiasan yang sudah lama tersadai kerana ragu-ragu nak menggunakannya.Setelah saya perasan ada gambar orang kena salib(secara tidak jelas) pada pinggan hiasan,saya sudah tidak menggunakannya lagi.Maka,statusnya sebagai pinggan hiasan sudah dilucutkandan ditempatkan di bakul sampah.Suami pula yang menyimpannya.Maka, tak jadilah nak membuangnya.Hari ini datang pula ideal nak menghias ruang dinding yang dilihat masih kosong. Kebetulan, saya memang nak meletakkan gambar di dinding tersebut, maka kenalah tempatnya pinggan hiasan itu digunakan untuk melekatkan gambar pada permukaannya.
Setelah saya menunjukkan hasil kreatif, suami pun tidak kurang juga ingin menunjukkan bakatnya yang suka bertukang.Inilah hasilnya.Bila ditanya, nak buat apa,macam biasalah rahsia.Tunggu jelah bila betul-betul dah siap nanti, ke mana dia nak letakkannya.


Ahad, 3 April 2011

Jamu Mata di KK Home deko



Jualan murah untuk ahlinya di Kk Home Deko membawa saya ke Sacc Mall di Shah Alam untuk membeli para-para kecil semata-mata nak merialisasikan ruang makan yang belum sempurna.Ramainya orang memang tak terkata.Hajatnya nak meletakkan pasu kecil di atas para tersebut. Sekecil-kecil para tersebut pun harganya boleh tahan, RM 45.90 setiap satu. Kecewanya apabila para yang dikehendaki telah kehabisan. Yang ada cuma dua,itupun dah rosak sedikit penyangkutnya. Nak tak nak terpaksalah jua membelinya kerana alang-alang sudah sampai. Jika nak tunggu hari lain, rasanya belum pasti lagi bila.Banyak rak sangkut yang ada, cuma ruangan dalam rumah sudah penuh dengan barang perhiasan.Ada juga saya mengintai rak sangkut yang berbentuk rumah, memang ada tapi besar sangat. warna putih pula tu.Kalau kecil molek,mahu dirembatnya juga. Ada juga rak sangkut yang berbentuk moden(berpetak) tapi besar sangatlah pula.Berkenan juga dengan rak seperti itu, tapi buat masa sekarang tiada idea lagi untuk meletakkan rak tersebut.

Tahun lepas, saya berkesempatan berkunjung ke rumah rakan yang telah berpindah sekolah sempena sambutan hari raya yang lepas.Walaupun rumahnya jauh nun Bandar Tasik Puteri, namun seorang daripada rakan saya memang seronok ke rumahnya kerana rumahnya lain daripada lain. Nak tahu juga, apa yang lain daripada lain tu kerana saya baru sahaja mengenalinya. Belumpun kenal lama, dia dah berpindah sekolah. Perasaan nak tahu itulah yang meyebabkan saya pun teruja nak ke rumahnya. Masuk sahaja ke rumahnya, Ya Allah,setiap ceruk dinding ada-ada saja hiasan yang digantung.Memang boleh mencuci matalah bila berada di rumahnya yang berkonsepkan Inggeris tu.Masa itulah saya pun terfikir juga nak menjadikan ruang di rumah saya sebagai galeri untuk mencuci mata. Disebabkan konsep rumah saya lebih terarah ke arah mix and match,maka banyaklah barang perhiasan yang ada di rumah.Mula-mula suami bersuara juga apabila dinding kerap diketuk untuk menggantungkan barang perhiasan, tapi saya buat pekakkan telinga sahaja.Sekarang, dia sudah tidak mampu berkata apa-apa kerana kini kebanyakan sudut dinding sudah penuh dengan barang perhiasan.Semasa nak ke Sacc Mall Ahad lalu pun dia tak bertanya apa nak dibuat dengan rak kecil tu.Minggu ini agak sibuk kerana minggu depan pertandingan pantun sudah bermula.Sesi latihan perlu diperbanyak.Bila dah petang baru balik dari sekolah, tak sempatlah saya nak mengetuk dinding.