Selasa, 7 Februari 2012

Bila Agaknya Hyundai i10(ai ten) Menjadi Milik Saya...


Bilalah kereta ni nak menjadi milik saya?Sukarnya nak mendapat maklumat tentang stok kereta ni.Sebelum ini sudah beberapa kali saya 'google' untuk cari maklumat tentang wakil jualan kereta ni.Susahnya nak dapat.Usaha berhenti seketika.Penghujung JAnuari usaha digiatkan kerana memikirkan si kecil Akmal.Mengikut maklumat yang dapat,tiga bulan ambil masa untuk menempah kereta ni.Lamalah juga.Tiga hari usaha gila-gila dibuat.Nasib baiklah usaha pencarian dipermudahkan.Bila dah dapat maklumatnya,senanglah pula caranya.
1.Masuk ke laman web Hyundai iaitu www.hyundai.com.my/v2/
2.Klik bahagian outlet.Pilih saja negeri dan daerah tempat tinggal anda.
3.Telefonlah wakil jualan yang ada untuk bertanyakan mengenai stok kereta ni.

Sebelum dapat maklumat seperti ini,saya cuba telefon pusat pengedaran kereta ini di Glenmarie dan bercakap dengan wakil jualannya.Belum sempat habis bercakap bateri pula yang habis,nasib baiklah wakil jualan tersebut menelefon saya semula dan memberitahu bahawa stok di Glenmarie sudah habis.Kenalah tunggu bulan MAc nanti.Lamalah pula.Tidak berpuas hati dengan kata-kata wakil jualan tu, saya cuba menelefon wakil jualan yang kecil/pusat pengedaran swasta di Tanjung Karang.Alhamdulillah,masih ada stok lagi.Mungkin kereta tu tak mendapat temapat di sana.Kereta yang saya impikan ada.Cumanya,hingga hari ni,belum berkesempatan untuk membayar wang pendahuluannya kerana suami asyik sibuk dengan kandang kucingnya sejak beberapa bulan yang lalu.Tak sabarnya...

Cuti Empat Hari

Cuti empat hari ni memang banyak aktiviti yang boleh dilakukan.BAgi saya yang sedang berpantang ni tak ada apa-apa yang boleh dilakukan kecuali melayan kerenah Akmal dan membuat sedikit pembaharuan pada blog ni.Cerita pasal blog ni,pada mulanya berdebar-debar juga bila kerja pengubahsuaian yang belum siap terpaksa diberhentikan kerana gangguan daripada anak yang kedua.Apabila nak menyambungnya semula,tiba-tiba tak dapat cari tempat untuk 'sign'.Puas mengodek,akhirnya dapat juga masuk,tetapi tak tahu pula macam mana.

Pengubahsuaian ini sebenar bertujuan untuk menyeimbangkan halaman blog dengan kotak di sisi.Puas mencuba,akhirnya inilah yang jadi.Makan masa beberapa hari juga untuk perubahan ini,maklumlah baru nak belajar tambahan pula sekarang ni masih dalam fasa terakhir tempoh berpantang.Buat sikit,si kecil mula menangis,terpaksa berhenti seketika.

Layan saja gambar Akmal ni.

.
tersedu lagi.kerap sangat tersedu kerana nak membesar...


selalu saja kepalanya seperti ini.ambil gambar dulu sebelum posisi kepalanya dibetulkan...

Ahad, 5 Februari 2012

Salam Maulidur Rasul


Antara amalan yang boleh dilakukan semasa Maulidur Rasul:
@@@Memperingati dan membesarkan Maulidurrasul dengan selawat, membaca kisahnya, merupakan perantaraan kepada mencintai nabi dan mencintai Allah. “ Tidak sempurna iman seseorang daripada kalangan kamu sehingga adalah aku terlebih dikasihinya daripada dirinya, hartanya, anaknya dan sekelian manusia.” ( al-Hadis ).

Sms yang saya diterima daripada seorang rakan:
"...Semoga segala sunnahnya menjadi amalan dan al Quran menjadi pedoman hidup seperti yang telah diwasiatkan sebelum kewafatan Baginda kepada kita umatnya.Banyakkan berselawat kepada NAbi saw kerana Allah swt juga berselawat ke atas junjungan Baginda.Selawat ke atasnya dapat membantu kita mendapat syafaat Baginda di padang mahsyar kelak."

Maulidur Rasul bukanlah cuti umum semata-mata tapi hari untuk memperingati Rasulullah.Selamat beramal..