Masa untuk saya menulis di blog ini agak terbatas sekarang.Adakah pengunjung setia blog ini?Susah nak dipastikan.Saya menulis bukannya untuk mencari nama tapi untuk tatapan diri sendiri dan bahan bacaan pada masa akan datang.Menulis blog pun satu cara untuk hilangkan stress di samping membaca blog-blog yang ada.
Menghias juga boleh mengurangkan stress.Buat masa ini,mood nak mendeko menjelang raya belum ada lagi kerana sibuk nak menghabiskan menanda kertas peperiksaan percubaan PMR dan ujian 2.Kali ini saja nak kongsikan koleksi kediaman cantik yang ada simpanan .Sebelum membuang majalah yang dibeli,ruangan deko dikoyakkan untuk disimpan.Manalah tahu,nanti boleh dijadikan rujukan.
Rumah Munif Hijjaz..